rumah kecil tapi cantik

Rumah Kecil Tapi Cantik

Table of Contents

Rumah kecil tapi cantik adalah antara trend rumah sekarang yang sangat popular dalam kalangan warganet. Plan rumah kecil tapi cantik ini tidaklah sulit seperti reka bentuk rumah yang bersaiz besar. Kelebihan utama rumah kecil cantik ini adalah ia tidak memerlukan tanah yang banyak untuk didirikan. Disebabkan ia jimat tanah dan ruang menjadikan konsep rumah kecil cantik ini pilihan ramai.

Disebabkan saiznya yang kecil serta reka bentuk yang cantik, maka plan rumah kecil ini turut menjadi pilihan bagi projek rumah inap @ homestay. Ditambah pula dengan design yang kecil dan comel menjadikan ia lebih trending dalam kalangan penyewa. Di dalam slot ini kami akan kongsikan beberapa contoh rumah kecil cantik untuk anda.

Berikut kami sertakan beberapa contoh rumah kecil tapi cantik yang boleh dijadikan inspirasi dan idea untuk anda yang merancang membina rumah bersaiz kecil ini. Gambar rumah kecil cantik ini adalah perkongsian daripada laman sosial dan mendapat ribuan tanda suka, jom saksikan..

Rumah Kayu Kecil Tapi Cantik

Terdapat juga design rumah kecil yang berasaskan daripada bahan kayu sahaja, rumah kayu kecil ini sesuai dijadikan rumah inap untuk para pelancong mengenali budaya tempatan asia. Walaupun diperbuat daripada kayu, ia boleh diserikan dengan cat warna yang berwarna warni. Bagi anda yang sukakan dekorasi berasaskan kayu sangat sesuai dengan konsep ini.

Kredit Ilham Media

Kredit membakut.net

Rumah Kecil Moden

Konsep rumah kecil yang paling terkini dan banyak dibangunkan adalah berkonsepkan moden. Rata-rata rumah kecil moden ini diperbuat daripada material konkrit sama seperti rumah kediaman umum kecuali saiznya yang kecil dan reka bentuknya yang unik. 

Konsep moden ini sesuai diguna pakai untuk kediaman sendiri mahupun untuk dijadikan rumah inap. Namun, dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas pastinya anda perlu pengambil kira keadaan haba di dalam rumah kecil anda. Dengan reka bentuk yang betul dan terdapat aliran angin keluar masuk sudah cukup untuk menyejukkan rumah kediaman kecil anda.

Rumah Kecil Tapi Cantik
Rumah Kecil Tapi Cantik
Rumah Kecil Tapi Cantik
Rumah Kecil Tapi Cantik

Kredit MyHome

Rumah Kecil Tapi Cantik
Rumah Kecil Tapi Cantik

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Konsep rumah kecil cantik ini pastinya menarik untuk diusahakan, tambahan dengan keperluan kos pembinaan yang jimat menjadikan ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin membina rumah sendiri dengan bajet yang terhad. Lebih banyak tip dekorasi di artikel ini Hiasan Dalaman Ruang Tamu Kecil

error: Content is protected !!
Scroll to Top