cat luar rumah moden

Cat Luar Rumah Moden (Gambar)

Table of Contents

Cat luar rumah moden terkini mempunyai beberapa jenis untuk pilihan anda. Ia mempunyai pelbagai variasi tona dan warna cat rumah yang boleh dijadikan warna tema rumah anda. Dengan teknologi dan teknik terkini, terdapat beberapa jenis warna yang dihasilkan melalui campuran beberapa jenis warna cat berbanding satu jenis cat sahaja.

Setiap rumah pastinya memerlukan warna tema terutamanya pada bahagian luaran dinding rumah. Proses mengcat rumah ini adalah satu aktiviti yang memerlukan kepakaran tenaga dan keperluan wang ringgit yang banyak, oleh sebab itu anda mestilah membuat pilihan yang tepat dalam memilih jenis warna cat luar rumah moden anda. Disini kami kongsikan beberapa jenis warna cat rumah moden serta contoh rumah untuk rujukan anda.

Warna Cat Luar Rumah Moden Terkini

Berikut kami kongsikan beberapa jenis warna yang moden dan sesuai untuk dijadikan warna utama dinding luar rumah anda. Warna-warna ini diperoleh berdasarkan kajian terhadap beberapa kelompok rumah mampu milik warganet, jadi ia relevan untuk anda jadikan sebagai warna utama rumah anda. Baca hingga habis ya.

  • Putih
  • Ivory
  • Taupe
  • Hijau muda
  • Kelabu gelap
  • Biru gelap
  • Turquoise
  • Hijau mint
  • KuningĀ 
  • Merah jambu pudar

Anda boleh memilih salah satu daripada jenis-jenis warna ini, namun terdapat sesetengah warna yang memerlukan campuran lebih dari satu jenis warna cat untuk menghasilkan warna yang unik dan moden. Rujukan pakar dekorasi di sekitar rumah anda diperlukan untuk bantuan lanjut sebelum proses mengecat dilakukan.

Tips Memilih Warna Dinding Rumah Moden

Anda mungkin nakkan warna rumah mengikut citarasa anda bukan? Namun dalam pemilihan cat luar rumah moden anda perlu menilai beberapa perkara agar rumah anda nampak sesuai dengan keadaan sekeliling. Antara beberapa tips yang anda perlu melihat dalam memilih warna dinding rumah anda adalah:

Laman Rumah

Jika rumah anda mempunyai kawasan taman yang luas dan mempunyai pokok bunga hiasan, pastinya anda tidak memilih warna cat rumah yang terang. Ini kerana warna yang terang tidak sesuai dengan kombinasi taman bunga dan alam semulajadi. Pilih warna yang mempunyai campuran warna putih atau krim adalah terbaik.

Jiran Tetangga

Dalam memilih cat rumah anda mestilah melihat warna perumahan jiran sekeliling anda. Ini setidaknya boleh mengimbangi kontra warna rumah anda agar tidak terlalu asing berbanding rumah-rumah jiran anda.

Jenis Atap Rumah

Mungkin tips ini kurang popular, iaitu jenis atap rumah anda juga mempengaruhi keseimbangan warna rumah anda. Selain itu, terdapat juga jenis atap moden yang sesuai dengan beberapa jenis warna sahaja, rujuklah pakar dekorasi berdekatan anda untuk rujukan lanjut.

Kualiti Cat

Akhir sekali adalah pastinya berkenaan kualiti cat rumah, pastikan anda memilih jenis jenama cat yang popular dan terkenal dengan tahan lama. Mungkin harga cat ini mahal berbanding jenama murah, tetapi yang paling penting adalah ketahanan cat yang kekal lama dan cantik.

cat luar rumah moden
cat luar rumah moden
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Home Decor : https://shp.ee/7mvphrb

Home Decoration Living Room : https://shp.ee/nz4g33b

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Ternyata sebelum melakukan aktiviti mengecat luar rumah moden ini anda mestilah mengambil kira beberapa perkara yang perlu agar anda mendapatkan warna cat yang betul-betul sesuai dengan rumah kediaman. Yang pasti warna cat moden ini tidaklah sukar untuk diperoleh kerana terdapat banyak jenama cat yang berkualiti dan terbaik untuk anda gunakan. Nak lebih banyak info? Boleh terus ke slot warna cat luar rumah yang sejuk. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top