deco ruang tamu kecil simple

Deco Ruang Tamu Kecil Simple (Gambar)

Deco ruang tamu kecil simple ini adalah antara pilihan ramai kerana rata-rata rakyat di Malaysia mempunyai ruang tamu rumah yang kecil dan terhad sahaja. Dengan ruang yang terhad, ramai yang beranggapan ruang tamu rumah mereka tidak mempunyai banyak pilihan untuk dekorasi. Disini kami kongsikan beberapa contoh ruang tamu yang boleh anda jadikan sebagai ilham untuk hiasan.

Tips Deco Ruang Tamu Kecil Simple

Ruang tamu kecil pastinya mempunyai masalah dalam beberapa hal tertentu terutamanya melibatkan barangan hiasan dan perabot yang bersaiz besar. Namun tahukah anda bahawa dengan ilmu dan cara yang betul anda boleh menghias ruang tamu ini agar menjadi lebih kemas cantik setanding dengan ruang tamu bersaiz besar. Nak tahu lebih lanjut boleh teruskan membaca beberapa tips di bawah ini.

Pilih Perabot Yang Sesuai

Apabila melibatkan ruang tamu barangan yang paling utama adalah pastinya perabot sofa. Untuk ruang tamu yang kecil, anda tidak mempunyai banyak ruang untuk menempatkan sofa yang bersaiz besar. Oleh sebab itu, pastikan anda memilih sofa atau perabot yang mempunyai saiz sesuai dengan ruang tamu. Kini terdapat banyak pilihan perabot yang khas untuk ruang tamu kecil anda.

Pilih Hiasan Yang Ringkas & Simple

Untuk hiasan ruang tamu pula disebabkan anda mempunyai ruang tamu yang terhad, barangan hiasan yang terbaik adalah dengan menggunakan hiasan yang ringkas dan simple sahaja. Anda boleh menggunakan hiasan pada dinding dan kabinet ruang tamu yang berbentuk vertikal agar lebih jimat ruang. Konsep kabinet berbentuk vertikal ini sudah banyak terdapat di pasaran yang direka khas untuk menjimatkan ruang tamu rumah anda.

Gunakan Warna Dinding Cerah

Salah satu tips yang jarang digunakan adalah berkaitan warna pada dinding ruang tamu. Setiap warna mempunyai sifat dan tarikan terhadap emosi manusia. Untuk ruang tamu yang kecil, warna yang paling sesuai untuk dinding adalah yang mempunyai tona cerah dan lembut seperti warna putih dan krim. Warna ini menjadikan ruang tamu anda lebih luas dan terang berbanding menggunakan warna yang gelap.

Gunakan Unsur Cermin 

Untuk menimbulkan ilusi ruang tamu yang lebih besar, anda boleh menggunakan perabot yang bercermin atau boleh meletakkan cermin di sekitar kawasan ruang tamu anda. Penggunaan cermin untuk menjadikan ruang tamu nampak lebih luas adalah cara yang popular dan digunakan sejak dari dahulu lagi. 

Guna Konsep Pencahayaan

Untuk ruang tamu kecil dan simple, dinasihatkan agar anda menggunakan konsep pencahayaan untuk memberi seri kepada ruang tamu kecil anda. Terdapat dua sumber cahaya yang anda boleh adjust iaitu melalui lampu hiasan dan cahaya dari tingkap ruang tamu anda. Anda boleh alirkan pencahayaan ini agar ruang tamu anda lebih cerah dan selesa untuk diduduki.

Gunakan Jenis Tingkap & Pintu Sliding

Jika anda mempunyai kewangan yang baik, anda boleh ubahsuai tingkap dan pintu ruang tamu anda kepada jenis minimalis iaitu jenis sliding. Keunikan utama pintu dan tingkap jenis sliding ini adalah ia direka untuk menjimatkan ruang rumah anda. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang cantik dan minimalis menjadikan ruang tamu anda nampak cantik serta simple.

deco ruang tamu kecil simple
deco ruang tamu kecil simple
deco ruang tamu kecil simple
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Home Decor : https://shp.ee/7mvphrb

Home Decoration Living Room : https://shp.ee/nz4g33b

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Deko ruang tamu kecil simple ini menjadi pilihan ramai disebabkan majoriti warga Malaysia mempunyai kediaman dan ruang tamu yang kecil. Namun begitu dengan cara yang betul sebenarnya anda boleh mewujudkan ruang tamu yang cantik dan simple walaupun mempunyai ruang yang terhad sahaja. Nak tahu lebih banyak info boleh terus ke laman cat luar rumah moden. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top