corak cat dinding bilik tidur

Corak Cat Dinding Bilik Tidur (Gambar)

Table of Contents

Terdapat pelbagai corak cat dinding bilik tidur yang anda boleh jadikan dekorasi ruang tidur anda. Corak warna dinding ini boleh mewujudkan pelbagai aura deko di dalam bilik tidur anda. Malah setiap warna dan corak cat ini mempunyai persepsi yang berbeza apabila dijadikan tema utama ruang tidur anda. 

Dengan penggunaan warna cat yang sesuai pada dinding bilik tidur anda boleh mempengaruhi emosi anda sepanjang berada di bilik tidur. Ini kerana setiap warna cat ini mempunyai pengaruh emosi yang berbeza kepada manusia. Ditambah pula dengan variasi corak dan pattern yang boleh direka mengikut citarasa.

4 Tips Corak Cat Dinding Bilik Tidur

Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk anda yang bercadang dalam melakukan dekorasi dinding bilik tidur anda. Tips ini sesuai untuk dijadikan rujukan bagi anda yang masih baru atau buntu dalam mencari warna cat yang terbaik untuk dijadikan warna tema dinding bilik anda.  

Gunakan Warna Semulajadi

Perkara utama yang perlu dilihat adalah mengenai pemilihan jenis warna. Terdapat pelbagai jenis warna mengikut emosi manusia. Warna yang sesuai untuk bilik tidur adalah warna sejuk atau warna semulajadi antaranya adalah:

  • Biru
  • Hijau
  • Kuning
  • Ungu

Empat warna ini adalah antara warna sejuk yang popular dalam kalangan peminat dekorasi, anda boleh jadikan ia sebagai warna tema ruang tidur anda. Semua corak dan pattern dinding anda boleh buat berdasarkan warna ini untuk mewujudkan aura yang cantik dan menarik.

Rujuk Colour Wheel

Jika anda buntu dan tidak mempunyai idea untuk memilih warna dan corak dinding bilik tidur anda dicadangkan untuk menggunakan rujukan colour wheel. Dengan rujukan colour wheel ini menjadikan anda mendapat lebih banyak kode warna untuk dijadikan sebagai warna cat dinding bilik anda. 

Terdapat beberapa cara untuk membaca colour wheel ini, anda boleh membuat rujukan di google untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

Warna Tema Luaran

Tips seterusnya adalah pastikan anda memilih warna berdasarkan warna luaran rumah anda. Setiap warna mempunyai unsur yang berbeza, seeloknya anda kombinasikan dengan beberapa jenis warna yang sepadan dan sesuai sahaja. Melalui colour wheel anda boleh mencari warna yang sepadan antara satu dengan yang lain.  

Cari Rujukan Pattern Corak

Yang terakhir sekali adalah berkaitan corak dinding, terdapat pelbagai jenis corak yang anda boleh wujudkan pada dinding rumah anda. Patern ini tidak mempunyai corak yang khusus, selagi mana ia kemas, cantik dan kena dengan citarasa anda maka ia sesuai. Berikut kami kongsikan beberapa jenis warna dan corak untuk rujukan anda. 

corak cat dinding bilik tidur
corak cat dinding bilik tidur
corak cat dinding bilik tidur

Kredit : renoguide.com.au

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Sekali

Ruang tidur adalah tempat peribadi anda yang mesti mempunyai dekorasi yang cantik, ini kerana ia juga adalah tempat untuk melapangkan pemikiran setelah sekian hari bekerja. Dengan corak dan warna yang betul menjadikan bilik tidur ini adalah ruang yang selesa untuk anda diami. Nak lebih banyak deko bilik tidur? Boleh terus ke laman Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk. Selamat men”deko”

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top