Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk

Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk

Anda mencari warna cat ruang tamu yang sejuk dan selesa untuk rumah baru anda? Ya pasti boleh kerana terdapat beberapa warna dan tona cat yang khas untuk mewujudkan warna sejuk pada ruang rumah anda. Selain daripada ruang tamu, warna ini juga boleh digunakan di mana-mana ruang di rumah kesayangan anda. Dengan kombinasi warna sejuk ini menjadikan rumah anda lebih sejuk dan selesa untuk anda diami.

Terdapat beratus jenis variasi warna serta tona yang boleh anda pilih, namun setiap warna dan tona ini mempunyai latar belakang dan boleh membawa unsur yang berbeza antara satu dengan yang lain. Terdapat beberapa cara yang anda boleh jadikan sebagai rujukan untuk memilih warna ini, antara yang paling popular adalah dengan menggunakan kombinasi colour wheel. Namun disini kami kongsikan 6 jenis warna sejuk untuk rujukan anda yang sedang mencari warna ruang tamu rumah anda. 

6 Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk

Ruang tamu adalah satu ruang di dalam rumah yang perlu dihias dengan baik dan selesa kerana ia ibarat melambangkan ruang-ruang rumah yang lain. Tambahan, ruang tamu ini adalah tempat untuk tetamu berkunjung dan berehat, jadi ruang tamu yang cantik, kemas, serta mempunyai warna yang sejuk ini penting untuk memberikan rasa positif dan cantik pada kediaman anda. Berikut kami sertakan 6 jenis warna sejuk untuk rujukan anda.

Ungu @ Purple

Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk

Warna ungu ini sangat sinonim sebagai lambang untuk kemewahan dan golongan atasan. Oleh sebab itu, warna ungu ini kerap digunakan sebagai warna sampingan untuk barangan perabot rumah mewah dan kaya. Tona warna ungu ini juga mempunyai unsur ketenangan dan terapi minda, ia sesuai digunakan untuk dijadikan sebagai warna pusat spa dan kecantikan wanita. 

Ungu Biru @ Blue Purple

Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk

Gabungan warna biru dan ungu ini mewujudkan tona warna ungu yang lebih gelap dan malap. Walaupun nampak gelap, namun dengan adanya unsur ungu ini menjadikan ia tetap sejuk jika dicat pada dinding ruang tamu rumah anda. Yang uniknya warna ungu ini juga boleh membawa unsur tenang apabila dicampur bersama warna hijau dan kuning.

Biru @ Blue

Warna biru sering dikaitkan dengan warna semula jadi seperti warna langit dan warna laut. Oleh sebab itu, ia juga sesuai digunakan sebagai warna sejuk untuk ruang tamu kerana ia mempunyai sifat tenang dan lapang. Untuk ruang tamu, dinding warna biru sangat sesuai untuk dipadankan dengan perabot atau apa-apa sahaja yang berwarna putih dan krim. Gabungan biru tona gelap ini bersama warna cerah boleh mewujudkan unsur langit dan awan yang sejuk apabila dipandang. 

Biru Hijau @ Blue Green

Tahukah anda bahawa gabungan warna biru dan hijau ini akan menghasilkan warna yang dipanggil cyan. Warna ini dikatakan mirip dengan warna semula jadi air dan disebabkan itu ia dipanggil sebagai warna aqua. Ia mempunyai warna biru yang sedikit cerah dan muda, jadi warna cyan ini sesuai untuk menonjolkan unsur sejuk dan tenang untuk ruang tamu rumah anda. Ia juga sesuai untuk dipadankan dengan warna yang cerah seperti putih dan krim.

Hijau @ Green

Warna hijau boleh dijadikan sebagai warna harmoni dan sepakat, selain itu ia juga sinonim dengan warna pokok dan tumbuhan semulajadi. Malah warna hijau ini termasuklah semua jenis tonanya adalah warna dikategorikan sebagai paling terbaik untuk cat dinding ruang tamu. Unsur semula jadinya ini boleh mewujudkan rasa tenang dan sejuk untuk ruang tamu rumah anda. 

Kuning Hijau @ Yellow Green

Gabungan warna kuning dan hijau ini akan menghasilkan sejenis warna iaitu chartreuse. Warna chartreuse ini mempunyai tona 50% warna kuning dan 50% warna hijau. Ia sangat terkenal untuk dijadikan warna gembira dan seronok. Warna ini juga sesuai untuk dijadikan warna ruang tamu yang sejuk kerana mempunyai unsur semula jadi hijau padanya.  

Rumah 2 Tone Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk

Untuk mewujudkan ruang tamu minimalis elegan warna cat ruang tamu yang sejuk, warna cat terbaik untuk ruang tamu agar nampak nampak lebih sejuk adalah jenis campuran 2 tona iaitu:

  • Ungu biru
  • Biru hijau
  • Kuning hijau

Campuran ini bukan sahaja mewujudkan warna baru tetapi ia juga menjadikan ruang tamu anda lebih unik. Tambahan dengan adanya warna yang berunsurkan semulajadi ini menjadikan ia kelihatan lebih sejuk apabila dipandang dan didiami. 

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Untuk mendapatkan warna cat ruang tamu yang sejuk anda mestilah menggunakan warna atau tona warna yang mempunyai unsur semulajadi. Warna-warna semulajadi inilah yang boleh memberikan rasa sejuk dan tenang apabila dipandang. Tambahan, dengan konsep rumah dan deko yang kemas lagi cantik menjadikan ruang tamu rumah anda lebih selesa untuk didiami. Anda peminat warna pastel? Boleh terus ke laman cat bilik tidur warna pastel Selamat mencuba! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top