Table of Contents
Dapur minimalis adalah konsep deko yang moden dan semakin popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Deko minimalis ini boleh merangkumi semua ruang di rumah seperti ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi, ruang dapur malah reka bentuk rumah anda. Konsep dapur minimalis modern ini anda boleh jadikan sebagai dekorasi di dapur bagi anda yang gemarkan dapur yang ringkas dan kurang barang.
Dengan zaman yang semakin maju dan moden kini semakin banyak rumah yang mula menggunakan reka bentuk minimalis ini pada dapur kecil minimalis mereka. Dengan adanya barangan asas dapur seperti jenis dapur, meja dan kerusi makan yang berkonsepkan dapur cantik minimalis ini membolehkan ramai orang tidak kira golongan atasan mahupun bawahan untuk memiliki dapur minimalis.
Tips Membina Dapur Minimalis
Bercakap mengenai konsep dapur minimalis, perkara yang anda perlu tahu adalah semakin kurang barang, semakin bagus suatu konsep minimalis. Ini kerana minimalis itu sendiri bermaksud dekorasi yang ringkas dan kurang barang. Situasi ini kelihatan kontra kerana dapur adalah ruang yang memerlukan banyak barang keperluan untuk memasak. Disini kami kongsikan beberapa tips untuk mengurus dapur minimalis anda.
Kemaskini dapur minimalis modern anda
Dapur minimalis modern memerlukan ruang dapur yang simple dan kurang barang. Oleh itu, sangat penting untuk anda mengemaskini barangan dapur anda agar kelihatan lebih kemas dan tidak bersepah. Tambahan di dapur mempunyai banyak barangan untuk kegunaan harian, anda perlu lebih rajin untuk mengemaskini dapur anda jika ingin konsep minimalis ini lebih terserlah dan cantik.
- Tempat letak pisau
- Tempat letak sudu dan garfu
- Mesin pembakar roti
- Periuk nasi
- Kualii memasak
- Pinggan dan cawan
Berikut adalah antara alatan yang anda perlu lihat agar sentiasa bersih dan kemas. Selain itu, konsep minimalis juga tidak sesuai jika terdapat beberapa alatan yang bersaiz besar, untuk mengatasi masalah ini anda boleh simpan barangan besar ini di suatu sudut dapur anda.
Gunakan warna tema yang sesuai
Seperti juga pemilihan warna rumah, ruang dapur minimalis juga memerlukan warna yang sesuai agar aura minimalis itu lebih menonjol dan terserlah. Terdapat dua jenis konsep iaitu dapur minimalis sederhana dan dapur minimalis terbuka, kedua-dua ini memerlukan warna temayang berbeza mengikut keadaan masing-masing. Antara warna yang sesuai dengan minimalis adalah:
- Hitam tua
- Kelabu tua
- Putih pudar
- Warna krim
Anda boleh menggunakan salah satu atau gabungan dua warna-warna ini untuk mewujudkan warna minimalis untuk ruang dapur anda. Selain itu, warna meja, kerusi, dan kabinet juga memainkan peranan dalam dekorasi dapur minimalis anda.
Pilih kabinet dapur kecil minimalis
Selain daripada warna yang memainkan peranan untuk menimbulkan aura minimalis, barangan seperti meja, kerusi, dan kabinet juga perlu sesuai dengan dapur anda. Kabinet anda mestilah mempunyai banyak ruang simpanan agar barangan dapur anda boleh disimpan di dalam kabinet. Anda boleh menggunakan kabinet yang berwarna putih atau material yang diperbuat daripada bahan kayu juga nampak sesuai dengan konsep minimalis.
Simpan barang tidak perlu
Sedia maklum bahawa konsep minimalis adalah bersifat simple dan ringkas, oleh itu barangan dapur anda hendaklah disimpan ditempat yang sepatutnya selepas digunakan. Penggunaan kabinet yang sesuai dan besar adalah bagus kerana anda boleh menyimpan dalam kadar yang banyak.
Hiasan terbaik untuk menghasilkan konsep minimalis ini adalah dengan hanya meletakkan beberapa jenis barangan dapur seperti pisau makan, sudu, beberapa pinggan anda cawan sahaja. Malah unsur hiasan seperti pokok hiasan juga boleh diletakkan satu atau dua pasu kecil sahaja.
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C
Dapur Gas : https://shp.ee/c2mgeep
Dapur Elektrik : https://shp.ee/nvacwcp
Kabinet Dapur : https://shp.ee/m3e2xqp
BBQ Set : https://shp.ee/vuq36ep
Peti Sejuk : https://shp.ee/iujjt2p
Pokok Keladi : https://shp.ee/ipegh3p
Akhir Kata
Mempunyai dapur konsep minimalis ini adalah idaman bagi mereka yang idamkan kehidupan moden yang ringkas. Dengan adanya barang asas dapur seperti meja makan, kerusi dan kabinet minimalis ini memudahkan lagi anda yang ingin menghias ruang dapur rumah anda. Nak lebih banyak deko dapur rumah? Boleh terus ke laman deko dapur rumah kampung untuk bacaan lanjut. Selamat men”deko”.