deco ruang tamu moden

Deco Ruang Tamu Moden

Table of Contents

Deco ruang tamu moden kebanyakkan mempunyai konsep yang berbeza namun ia mempunyai dekorasi yang terkini dan cantik. Seiring dengan peredaran zaman, hampir majoriti pemilik rumah inginkan konsep deko ruang tamu moden ini baik di bandar besar mahupun di pekan kecil. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa jenis deko moden untuk inspirasi bagi anda.

Jika diperhatikan ruang tamu moden ini mempunyai beberapa keunikan iaitu ia serba ringkas dan tidak mempunyai banyak deko padanya. Tidak mempunyai banyak almari, rak, mahupun bunga hiasan, sebaliknya hanya mengekalkan keperluan ruang tamu sahaja iaitu kerusi, meja minum, karpet dan kabinet televisyen. Jom kita lihat..

deco ruang tamu moden
deco ruang tamu moden

Kredit DUNIA DEKO

Deco Ruang Tamu Moden Kontemporari

Ruang tamu moden kontemporari ini merujuk kepada konsep ruang tamu yang mempunyai gaya minimalis dengan beberapa perabot yang bersesuaian. Deko jenis moden kontemporari ini juga adalah gabung corak grafik dan material yang berkualiti pada ruang lantai kediaman. Disini kami kongsikan beberapa contoh deko ruang tamu moden kontemporari untuk anda.

Kredit dwellingdecor & luxdeco

Deco Ruang Tamu Modern Minimalis

Sebut sahaja konsep deko moden, pasti ia turut sinonim dengan deko minimalis. Konsep minimalis ini turut popular dalam kalangan warganet kerana mempunyai susunan perabot dan material yang cantik lagi kemas. Untuk konsep minimalis ini anda perlu menetapkan tema yang sesuai dengan deko anda, ia merangkumi dari segi deko dinding, lantai hinggalah ke perabot dan sofa. 

Yang menariknya konsep minimalis ini anda tidak semestinya memerlukan bajet yang besar, sebaliknya anda hanya perlu memilih sofa, karpet, dan hiasan dinding yang sepadan untuk ruang tamu anda. Tambahan, sekarang anda juga boleh mendapatkan barangan deko ini dengan harga yang murah sahaja di shopee. Antara contoh deko ruang tamu modern minimalis ini adalah seperti di bawah

Kredit home-designing

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi anda yang inginkan ruang tamu modern, anda tidak perlu untuk mengeluarkan bajet yang besar kerana konsep modern ini pastinya simple dan ringkas sahaja. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad atau sempit pada ruangan tamu. Nak tahu lebih banyak tips deko baca Deco Ruang Tamu Memanjang 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top