diy bilik tidur sempit

Diy Bilik Tidur Sempit

Table of Contents

Terdapat pelbagai cara diy bilik tidur sempit yang anda boleh jadikan sebagai ilham dan rujukan dekorasi bilik tidur anda. Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai ruang bilik tidur yang sempit terutamanya golongan B40 dan kebawah. Ini menjadikan konsep diy pada bilik tidur ini penting dan popular di Malaysia.

Namun begitu, konsep DIY bilik tidur ini juga boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja yang inginkan konsep deko diy pada bilik tidur masing-masing. Di dalam artikel ini kami kongsikan apa yang anda perlu tahu berkenaan hiasan bilik tidur sempit dan beberapa tips serta idea untuk anda.

Cat warna lembut

Apabila bercakap mengenai ruang bilik yang terhad, salah satu elemen yang anda perlu titik beratkan adalah jenis warna cat pada dinding bilik tidur anda. Terdapat banyak jenis warna yang anda boleh guna, untuk kami cadangkan anda menggunakan warna pastel yang lembut dan tidak terlalu terang.

Ini kerana warna pastel ini mempunyai tona warna yang ringan dan sejuk apabila dipandang. Ini menjadikan bilik anda lebih tenang dan nampak lebih luas berbanding menggunakan warna terang dan gelap. Terdapat banyak jenis tona warna pastel yang anda boleh pilih untuk cat bilik tidur rumah anda, jadi anda boleh pilih warna kegemaran anda. 

DIY katil tidur

Katil tidur juga memainkan peranan utama pada bili tidur rumah anda. Untuk ruang yang sempit anda boleh menggunakan konsep katil tanpa kaki. Katil tanpa kaki ini membolehkan bilik anda kelihatan lebih luas dan ia juga salah satu konsep diy pada katil tidur. Anda hanya perlu menyediakan tilam dan cadar yang sesuai sahaja, jadi ia lebih jimat dan mudah untuk dialihkan di kemudian hari. 

Selain itu, konsep katil kayu pine guna boleh dijadikan pilihan untuk deko ruang tamu anda. Kayu pine sangat popular dengan fungsi pelbagai guna termasuklah boleh dijadikan alas tilam dan cadar katil anda. Anda boleh dapatkan beberapa set kayu pine untuk dijadikan kaki katil bilik tidur anda.

diy bilik tidur sempit
diy bilik tidur sempit
diy bilik tidur sempit

Cermin pada dinding

Untuk ruang rumah yang kecil terutamanya ruang tamu dan bilik tidur, konsep deko yang paling popular adalah dengan meletakkan cermin pada dinding atau mengenakannya perabot. Posisi yang paling popular adalah pada dinding. Fungsi cermin ini secara ilusinya boleh menjadikan ruang tidur sempit kelihatan luas. Selain itu, anda juga boleh mengunakan cermin ini untuk tujuan harian anda.

Untuk ruang sempit, elakkan mengunakan barang deko yang banyak dan tidak teratur. Jangan menggunakan perabot yang mempunyai tekstur tebal dan tinggi kerana boleh menghadkan lagi ruang bilik tidur anda. Sebaliknya anda boleh menggunakan perabot-perabot diy yang boleh dibeli atau dibuat sendiri sahaja.

Perabot kecil & simple

Untuk perabot pula, konsep diy ini sangat sesuai dengan perabot yang dibuat sendiri atau DIY. kini terdapat banyak pilihan perabot diy yang dijual dengan harga berpatutan sahaja. Anda juga boleh diy sendiri perabot anda agar lebih kena dengan citarasa anda. Yang penting konsep diy ini perlulah ringkas dan simple sahaja.

Untuk langsir pula dicadangkan agar anda menggunakan langsir jenis mini langsir dan boleh menapis cahaya 50%. Ini kerana bilik yang sempit memerlukan pencahayaan agar kelihatan lebih cerah dan lapang. Elakkan menggunakan langsir yang besar dan tebal sehinggakan bilik anda menjadi gelap dan tidak dimasuki cahaya, langsir yang simple adalah yang terbaik.

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Sofa minimalis : https://shope.ee/fn9TJL2UG

Meja minimalist : https://shope.ee/6zhD0ze7N2

Hiasan dinding : https://shope.ee/7pGK0a8rXo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi anda yang mempunyai bilik tidur yang sempit, anda masih boleh menikmati ruang rehat dan tidur yang tenang dengan mengamalkan tips-tips yang dikongsikan ini. Malah jika dan perlu untuk upgrade barangan perabot diy, anda boleh sahaja membelinya secara dalam talian di Shopee sahaja. Untuk menghias bilk tidur konsep diy ini tidaklah memerlukan kos yang tinggi kerana ia hanya memerlukan barangan yang simple dan murah sahaja. Baca artikel selanjutnya hiasan bilik tidur Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top