Hiasan Bilik Tidur

Hiasan Bilik Tidur Cantik

Table of Contents

Hiasan pada bilik yang cantik tidur adalah salah satu keutamaan bagi sesebuah kediaman. Ini disebabkan bilik tidur adalah salah satu ruang yang kerap digunakan untuk keperluan peribadi seseorang. Tambahan, bilik tidur juga adalah ruang untuk seseoang beristirehat untuk menghilangkan stress. Oleh itu, memilik bilik tidur yang selesa adalah sangat penting sekali.

Jika anda sedang mencari idea dan ilham deko untuk bilik tidur anda, anda boleh sahaja melihat perkongsian yang ada di facebook dan juga laman google. Dari situ anda boleh mencari jenis bahan, perabot dan keperluan untuk merialisasikan hiasan rumah anda. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu lihat serta contoh hiasan bilik tidur simple untuk anda.

Tanpa katil atau ada katil

Antara elemen yang perlu anda lihat untuk hiasan bilik rehat anda adalah jenis katil anda. Anda boleh menggunakan katil dan juga boleh mengamalkan konsep bilik tidur tanpa katil. Konsep bilik tidur tanpa katil ini kian popular kerana ia sangat simple dan sesuai untuk anda yang mempunyai ruang bilik tidur yang kecil atau terhad. 

Terdapat banyak jenis idea deko mengikut jenis katil yang ada, hiasan ini merangkumi juga jenis warna tilam dan cadar, ukuran katil dan material katil. Jika anda inginkan bilik tdur yang simple, anda hanya perlukan jenis katil yang simple dan hiasan yang simple sahaja. Berbeza jika mengamalkan konsep mewah, anda memerlukan material katil yang mahal dan berkualiti, jadi pilihan di tangan anda.

diy bilik tidur sempit

Warna tema bilik

Warna juga adalah elemen utama untuk sesebuah bilik tidur. Apabila bercakap mengenai warna tema bilik anda, ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Mengikut trending semasa, antara warna yang popular dan diminati oleh kaum wanita adalah jenis warna pastel. Ini mungkin disebabkan tona warna pastel ini kelihatan lembut dan sejuk apabila digunakan untuk dinding bilik tidur anda.

Selain warna pastel, anda juga boleh menggunakan warna-warna lain seperti gabungan warna semulajadi hijau, biru, dan coklat. Jika anda inginkan bilik tidur jenis minimalis, anda perlu menggunakan peranan warna putih dan untuk digabungan bersama warna-warna lain. Anda boleh melihat contoh-contoh warna cat bilik tidur untuk rujukan anda.

Dekorasi pada dinding 

Untuk hiasan dinding pula perlulah sesuai dengan tema bilik tidur anda. Terdapat beberapa jenis hiasan pada dinding yang boleh dijadikan deko bilik anda, antaranya adalah wallpaper, lukisan, cermin, dan rak deko. Anda juga boleh tidak meletakkan apa-apa hiasan pada dinding atau biarkan dinding kosong sahaja jika anda mahukan konsep simple.

Untuk wallpaper, anda boleh memilih jenis corak yang sesuai untuk tema bilik anda. Anda boleh membeli wallpaper ini secara dalam talian di Shopee dan mengupah orang untuk memasangnya. Untuk lukisan atau gambar pula anda perlu menyediakan bingkai untuk digantung pada dinding bilik anda, anda boleh meletakkan gambar-gambar kenangan sebagai hiasan dinding anda.

Konsep cermin pula sangat sesuai jika bilik anda mempunyai ruang yang sempit, ini kerana konsep cermin ini adalah untuk menjadikan bilik anda kelihatan luas dan lapang. Ia juga boleh dijadikan cermin untuk kegunaan harian anda. Rak pula adalah hiasa yang trending masa kini, anda boleh jadikan rak ini sebagai tempat untuk menyusun hiasan seperti pasu dan pokok bungan serta buku.

hiasan bilik tidur

Dekorasi pada lantai

Antara elemen yang kurang diberi perhatian apabila menghias bilik tidur adalah pada lantai bilik anda. Anda boleh memilih untuk mengenakan carpet yang sesuai dengan tema bilik anda. Terdapat banyak jenis karpet yang dijual dengan harga yang murah di Shopee, anda boleh mencari jenis corak yang sesuai dengan citarasa anda.

Jika anda mempunyai ruang yang terhad untuk melatak sofa, anda boleh menggunakan karpet ini sebagai alas untuk mengantikan sofa. Selain itu, anda juga boleh jadikan ia sebagai alas tempat solat dan sebagainya. Nak cari karpet yang cantik? Rajin-rajinlah cuci mata di Shopee. Link Shopee ada di hujung artikel ini.

Jenis langsir

Salah satu unsur penting dalam deko bilik adalah pada jenis langsir tingkap atau balkoni. Terdapat pelbagai jenis langsir yang anda boleh kenakan pada bilik tidur anda. Anda boleh memilih samada langsir jenis labuh ataupun langsir jenis mini sahaja. Antara kualiti yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan langsir adalah pada kadar telus cahayanya. 

Sebaiknya material langsir hendaklah tidak terlalu tebal kerana boleh menyebabkan bilik anda menjadi gelap dan suram tanpa cahaya matahari. Anda juga perlu memilih jenis corak langsir agar sesuai dengan tema bilik tidur anda. Di Shopee terdapat ratusan langsir yang dijual dengan harga murah sahaja. Anda boleh menekan link Shopee yang kami sertakan di bawah artikel ini.

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Sofa minimalis : https://shope.ee/fn9TJL2UG

Meja minimalist : https://shope.ee/6zhD0ze7N2

Hiasan dinding : https://shope.ee/7pGK0a8rXo

DECOR HIASAN DINDING : https://shope.ee/9zLdgOh1Bi

Karpet Gulung Heritage 3D Tebal : https://shope.ee/8eqG602TtB

Curtain Cangkuk Semi Blackout : https://shope.ee/7pH96VmuZs

 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Dengan kehidupan masyarakat masa kini yang sebuk dengan urusan kerja menjadikan bilik tidur adalah tempat rehat yang penting semasa berada di rumah. Hiasan bilik tidur yang cantik dan sesuai dengan citarasa anda adalah sangat penting untuk memberikan rasa selesa dan nyaman semasa berada di dalam rumah. Oleh itu, hiaslah bilik tidur anda dengan baik dan selasa. Artikel seterusnya dapur moden Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top