Jubin Bilik Air Cantik

Jubin Bilik Air Cantik (Gambar)

Table of Contents

Terdapat banyak corak jubin bilik air cantik yang anda boleh dapatkan di pasaran Malaysia, rata-rata jubin air ini mempunyai template untuk memudahkan anda mencari padanan yang sesuai dengan dekorasi bilik air anda. Yang pasti dengan adanya jubin yang cantik ini menjadikan bilik air anda lebih selesa digunakan.

Ramai yang memandang mudah akan dekorasi bilik air berbanding ruangan lain di dalam rumah. Hakikatnya bagi sesetengah orang yang mementingkan keselesaaan pastinya inginkan hiasan yang menyenangkan sepanjang berada di dalam bilik airnya. Oleh sebab itu, di dalam slot ini kami kongsikan semua info berkenaan jubin untuk bilik air anda.

5 Tips Pemilihan Jubin Bilik Air Cantik

Sama seperti pemilihan mozek untuk dapur dan lain-lain ruang di rumah, jubin bilik air juga memerlukan beberapa tips untuk padanan yang sesuai dengan warna dinding dan tema bilik air. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam pemilihan jubin bilik air rumah anda.

Pilih sudut fokus 

Perkara yang pertama sekali apabila melakukan dekorasi adalah pastikan anda setkan sudut fokus di bilik air anda. Pada sudut fokus inilah akan dijadikan sebagai tempat utama untuk dekorasi kerana ia adalah sudut yang paling kerap dilihat sebaik sahaja memasuki bilik air.

Anda boleh jadikan tab mandi dan tempat shower sebagai sudut fokus di bilik air anda, pada sudut ini anda boleh utamakan hiasan yang anda gemari dengan penggunaan jubin yang sesuai dengan citarasa anda.  

Pilih design yang diminati

Untuk bilik mandi anda sebenarnya boleh memilih tema yang anda gemari pada jubin, ini kerana ruang mandi ini adalah tempat peribadi yang tidak @ jarang digunakan oleh orang lain. Jadi anda boleh pemilih set jubin berdasarkan kesukaan anda. 

Jubin lantai bercorak

Salah satu tips yang unik yang popular adalah menggunakan jubin yang bercorak pada lantai bilik air anda. Lantai bilik air yang bercorak ini boleh memberikan aura yang unik seolah-olah seperti berada di spa setiap kali anda menggunakan bilik air rumah anda.

Ukuran bilik mandi & kos

Anda juga perlulah melakukan kiraan dan ukuran bilik air yang tepat kerana saiz ukuran ini akan mempengaruhi kos total pemasangan jubin rumah anda. Tambahan, setiap jubin ini mempunyai harga yang berbeza setiap satunya. Dengan kiraan yang betul membolehkan anda membuat pilihan jubin mengikut tahap kewangan anda.

Konsep deko

Yang terakhir sekali adalah anda boleh memilih konsep atau tema jubin bilik air rumah anda. Pemilihan konsep yang kena dengan ilham dan citarasa anda juga perlu memandangkan ia adalah ruang peribadi anda. Setiap jubin boleh membawa konsep seperti semulajadi, moden, minimalis dan sebagainya.

Jubin Bilik Air Cantik
Jubin Bilik Air Cantik
Jubin Bilik Air Cantik
Jubin Bilik Air Cantik

Kredit : Ceramic Tiles for Bathroom

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Tiles Tools : https://shp.ee/wfmz68x

Tiles Cleaner : https://shp.ee/2e5btsx

Tiles Polish : https://shp.ee/pmbhnex

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Sekali

Memiliki jubin bilik air yang cantik adalah idaman bagi ramai orang terutamanya bagi mereka yang mementingkan keselesaan ketika melakukan urusan sepanjang di bilik air. Berita baiknya kini anda boleh mendapatkan khidmat pakar deko berdekatan anda atau anda boleh dapatkan peralatan jubin ini dengan harga yang murah secara dalam talian di Shopee. Nak tahu lebih banyak info berkenaan deko boleh terus ke laman bilik tidur mewah modern. Selamat men”deko”

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top