kabinet dapur minimalis

Kabinet Dapur Minimalis (Gambar)

Table of Contents

Terdapat beberapa jenis kabinet dapur minimalis yang anda boleh dapati dengan harga mampu milik di pasaran. Rata-rata kabinet dapur ini direka khas untuk kediaman yang berkonsepkan dekorasi minimalis. Namun terdapat juga kabinet umum yang relevan dengan deko minimalis ini, anda hanya perlu bijak dalam mencari dan memilih kabinet terbaik ruang dapur anda.  

Semua maklum minimalis ini adalah konsep dekorasi yang hanya memerlukan sedikit barang keperluan, lagi sedikit hiasan dan barangan lagi terserlah konsep minimalis. Unsur warna juga memainkan peranan penting iaitu hanya warna tertentu sahaja yang sesuai dengan konsep minimalis ini. Oleh sebab itu, disini kami kongsikan info untuk memilih kabinet minimalis dan beberapa contoh model kabinet yang sesuai.

Ciri-ciri Dekorasi Minimalis Dalam Rumah

Apabila bercakap mengenai konsep deko minimalis, pastinya ramai yang beranggapan ianya adalah konsep deko yang sesuai untuk rumah mewah dan moden sahaja. Tanggapan ini ternyata silap sama sekali, ini kerana kini rumah teres biasa juga ada yang mempunyai deko dalaman rumah minimalis termasuklah ruangan dapur.  

Ciri-ciri deko minimalis:

  • Ringkas dan bersih
  • Monochromatic warna palette 
  • Lantai yang luas
  • Lampu putih yang banyak
  • Perabot yang simple dan ringkas

Untuk ruangan dapur ia agak sukar kerana dapur ini mempunyai banyak barang keperluan yang digunakan untuk memasak. Jadi dengan pemilihan kabinet yang sesuai membolehkan dapur anda nampak lebih kemas dan kena dengan deko minimalis.

kabinet dapur minimalis

5 Kabinet Dapur Minimalis Terbaik 

Berikut kami sertakan beberapa jenis kabinet dapur untuk rujukan anda yang inginkan ruang dapur minimalis. Kabinet ini ada yang direka khas untuk konsep minimalis dan ada juga reka bentuk umum tetapi masih sesuai untuk digabungkan bersama konsep minimalis ini.

Sideboard Rack Minimalist Cabinet

Untuk anda yang mencari kabinet dapur jenis lantai, pilihan kabinet rak ini adalah yang terbaik untuk anda. Kabinet ini mempunyai unsur moden dan gabungan warna putih dan warna kayu yang sesuai untuk konsep deko minimalis. Selain dijadikan kabinet dapur, ia juga sesuai untuk kegunaan di bilik tidur anda.

Kitchen Wall Cabinet Mounted Modern

Dapur minimalis juga sesuai dengan konsep kabinet gantung pada dinding. Tetapi pastikan ia mempunyai reka bentuk yang simple dan sesuai dengan warna minimalis. Anda boleh dapatkan kabinet ini dengan pelbagai jenis ukuran bergantung saiz dapur anda. Yang penting reka bentuknya yang kemas dan simple sangat sesuai untuk dapur minimalis anda.

European Minimalist Kitchen Wall Cabinets 

Sebuah kabinet dapur yang mempunyai gabungan unsur eropah dan moden. Keunikan yang ada pada kabinet ini adalah ia mempunyai pintu yang mempunyai garisan corak yang ringkas. Sebarang corak yang ringkas boleh dimasukkan bersama minimalis selagi ia tidak terlalu banyak. Terdapat banyak jenis pilihan warna, pastikan anda anda memilih jenis warna minimalis putih dan krim sahaja.

Side Cabinet Sideboard 

kabinet dapur minimalis

Sebuah kabinet multifungsi yang boleh berfungsi sebagai almari dan kabinet dapur. Kabinet ini diperbuat daripada material MDF yang mempunyai warna seakan kayu, warna semulajadi ini sinonim dengan konsep minimalis dapur anda.

Kabinet Bilik Gantung

kabinet dapur minimalis

Sebuah kabinet gantung yang simple lagi kemas, ia mempunyai pilihan tiga jenis warna yang kesemuanya sesuai dengan warna minimalis. Keunikan pada reka bentuknya yang tidak mempunyai sebarang corak kecuali pada lapisan warnanya. Dengan harga bawah RM400 anda sudah boleh memiliki kabinet minimalis untuk dapur rumah anda.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Sekali

Mempunyai dapur yang ringkas dan simple ini adalah idaman bagi mereka yang gemarkan konsep minimalis. Rata-rata kabinet ini mempunyai harga sekitar bawah RM500 sahaja, jadi ia dikategorikan sebagai harga mampu milik untuk golongan pertengahan di Malaysia. Pastikan anda membuat pemilihan yang tepat terutamanya pada jenis warna agar ia lebih masuk dengan dapur minimalis anda. Jom baca artikel berkaitan corak cat dinding bilik tidur. Selamat men”deko”

error: Content is protected !!
Scroll to Top