Kabinet Dapur Bajet RM1000

Kabinet Dapur Bajet RM1000

Terdapat banyak kabinet dapur bajet RM1000 yang anda boleh miliki di pasaran sekarang. Walaupun dengan harga yang dikira murah, anda masih boleh memiliki kabinet yang elok dan sesuai dengan deko rumah anda. Di dalam slot artikel ini kami kongsikan beberapa jenis kabinet dapur cantik yang anda boleh miliki bawah harga RM1000 sahaja.

Sebenarnya dengan modal RM1000 tidak sukar untuk memperoleh kabinet dapur yang cantik, kemas, dan sesuai dengan dekorasi dapur rumah anda. Ini kerana terdapat banyak kabinet dapur yang dijual dengan harga bawah RM1000 dan anda boleh membelinya secara dalam talian sahaja.

Ciri-ciri Kabinet Dapur Yang Perlu Dilihat

Berikut kami sertakan beberapa ciri-ciri kabinet dapur yang perlu anda lihat sebelum membuat sebarang pembelian. Ciri-ciri ringkas ini anda boleh jadikan sebagai rujukan sebelum membuat sebarang pembelian kabinet dapur. Tambahan, dengan melihat ciri-ciri ini juga membolehkan anda mengenal pasti kabinet dapur yang menepati kehendak kegunaan harian anda.

Ciri-ciri kabinet dapur

  • Warna kabinet dapur
  • Ukuran kabinet dapur
  • Posisi kabinet dapur (Portable atau dinding)
  • Material kabinet dapur

Ini adalah antara ciri-ciri yang anda perlu lihat dan nilai sebelum membuat pembeli kabinet dapur rumah anda. Berdasarkan tema dapur semasa anda, pilihlah jenis kabinet yang masuk dengan dekorasi dan hiasan dapur anda.

7 Kabinet Dapur Bajet RM1000 Terbaik 

Berikut adalah senarai kabinet dapur bajet yang anda boleh miliki dengan harga bawah RM1000 sahaja. Bukan sahaja murah, malah kabinet ini juga adalah antara yang paling popular di Shopee dengan pembelian dan rating atas 4 bintang. Kami cadangan anda membaca review dari pembeli sediada agar lebih yakin sebelum membuat pembelian.

Kabinet Dapur Stainless Steel

Jika anda mencari kabinet dapur yang bersaiz besar, anda boleh memilih kabinet dapur stainless steel ini. Kabinet dapur ini menawarkan ukuran kabinet dari 80cm hinggalah ke 160cm untuk disesuaikan dengan ukuran dapur anda. Terdapat juga pilihan kabinet dapur khas untuk sinki dan jenis bertingkat. Untuk kabinet ini sesuai untuk semua jenis ukuran saiz dapur dan yang paling penting ia boleh didapati dengan harga bawah RM700 sahaja.

Kelebihan:

  • Material : Stainless steel berkualiti tinggi
  • Mudah dipasang, boleh merujuk penjual untuk proses pemasangan
  • Boleh sesuaikan dengan ukuran dapur anda.
  • Set lengkap kabinet dapur.

Kabinet Dapur Minimalis Eropah

Jika anda gemarkan konsep minimalis dan eropah, anda boleh juga dapatkan kabinet dapur yang berkonsepkan rumah minimalis dan eropah ini dengan harga bawah RM300 sahaja. Kabinet yang yang diperbuat daripada material kayu ini sangat sesuai digabungkan dengan deko rumah jenis eropah dan juga minimalis. Ia mempunyai 2 jenis pintu buka dan tutup untuk pilihan anda. 

Kelebihan:

  • Mempunyai variasi jenis ukuran
  • Kabinet gantung di dinding
  • Mempunyai pilihan 3 jenis warna

Kabinet Dapur Untuk Tong Gas & Dapur

Kabinet dapur yang mempunyai tempat untuk meletakkan tong gas dapur anda. Set kabinet dapur lengkap ini mempunyai bahagian untuk tong gas serta mempunyai tempat untuk meletak dapur masak. Ia juga mempunyai tempat meletak barang dua pintu di bawahnya. 

Selain untuk kegunaan dapur, kabinet ini juga sesuai dijadikan tempat penyimpan baju, buku dan barangan lain di dalamnya. Rata-rata review dari pembeli juga berpuas hati dengan material dan ukuran kabinet juga betul-betul sesuai dengan ukuran tong gas dan dapur masak.

Kelebihan :

  • Mudah dipasang
  • Kabinet serbaguna
  • Sesuai untuk kegunaan dapur masakan

Kabinet Moden Serbaguna

Kabinet Dapur Bajet RM1000

Jika anda mencari kabinet dapur bajet yang moden serta serbaguna, set lengkap kabinet moden serbaguna ini adalah pilihan terbaik anda. Dengan harga hanya dibawah RM300 sahaja, anda memperoleh sebuah kabinet dapur lengkap untuk keperluan dapur anda. Set kabinet ini juga sesuai dijadikan almari untuk kegunaan lain seperti baju, barangan hiasan dan juga tempat simpanan barang peribadi.

Kelebihan : 

  • Kabinet multi fungsi
  • Sesuai untuk simpanan barang dapur, deko, dan barang peribadi
  • Material daripada Density Fibreboard (MDF)
  • Mudah dipasang
  • Mempunyai variasi 2 jenis warna

Kabinet Aluminium Berkualiti Tinggi

Kabinet Dapur Bajet RM1000

Tidak semua jenis kabinet bersaiz besar boleh diletakkan di dapur anda, bagi anda yang mempunyai dapur bersaiz kecil anda perlulah mendapatkan kabinet yang bersaiz kecil dan jimat ruang. Kabinet jenis aluminium ini adalah yang terbaik untuk dapur yang mempunyai ruang terhad. Bukan sahaja kecil, kabinet ini juga mempunyai berat yang ringan sahaja, namun ia boleh menampung barang dengan baik. 

Kelebihan :

  • Material aluminium dan ringan
  • Mudah dipasang
  • Kualiti premium

Kabinet Dapur Gantung Moden

Kabinet Dapur Bajet RM1000

Sebuah kabinet gantung yang berkonsepkan moden dan mewah dengan harga bawah RM200 sahaja. Mempunyai dua buah pintu untuk dibuka dan ditutup, kabinet ini sesuai untuk anda yang gemarkan tema dapur yang moden. Hadir dengan set berwarna putih sesuai untuk dapur yang moden dan simple.

Kelebihan:

  • Warranty selama 3 bulan
  • Tahan lasak
  • Sesuai untuk dijadikan kabinet dapur, bilik tidur dan bilik mandi

Kabinet Dapur Gantung Konsep Eropah  

Kabinet Dapur Bajet RM1000

Sebuah kabinet dapur yang berkonsepkan moden dan eropah untuk dapur anda. Keunikan kabinet bajet ini adalah ia mempunyai tiga tempat penyimpanan dengan dua pintu. Konsep eropahnya terlihat pada corak pintunya yang solid tertutup dan bewarna putih. Kabinet jenis ini juga sesuai untuk dapur anda yang berkonsepkan DIY.

Kelebihan :

  • Tempat penyimpanan besar
  • 3 lapisan penyimpanan
  • Engsel yang berkualiti
  • Tempat pemegang yang kemas

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Kabinet dapur bajet ini adalah antara barangan yang ramai dicari oleh warganet. Walaupun ia dijual dengan harga mampu milik, namun ia sudah memadai bagi mereka yang inginkan dapur yang kemas dan cantik. Tambahan, dengan adanya pelbagai jenis reka bentuk kabinet menjadikan anda mempunyai banyak pilihan untuk dekorasi dapur anda. Anda mencari idea untuk pintu pagar rumah anda? Boleh terus ke laman pintu pagar rumah terkini Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top