rak dapur

Rak Dapur Terbaik

Table of Contents

Rak dapur adalah antara perabot yang penting dan mesti ada di setiap dapur rumah. Terdapat banyak jenis rak dapur yang dijual di pasaran masa kini, setiap rak ini mempunyai reka bentuk yang unik dan berbeza mengikut fungsinya masing-masing. Rak dapur ini juga boleh dijadikan organizer untuk menyimpan barangan dapur anda dengan lebih tersusun.

Namun setiap dapur memerlukan rak dapur yang berbeza mengikut jenis dapur, di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa contoh rak dapur yang popular untuk rujukan anda. Setiap jenis rak ini mempunyai bentuk yang berbeza, anda boleh memilih mengikut keperluan dapur anda masing-masing.

Rak dapur DIY

Tahukah anda rak dapur juga boleh dibuat secara DIY dengan barangan yang murah sahaja. Terdapat pelbagai jenis cara buatan dan rekaan yang boleh dibina untuk membuat rak dapur ini, konsep DIY ini boleh dibuat mengikut kreativiti masing-masing. Yang penting ia kemas untuk menyimpan barangan dapur anda dan memerlukan kos yang rendah untuk dibina.

Disini kami kongsikan idea rak dapur DIY yang dikongsian oleh saudara Shuhaimi Zulkefli yang telah mendapat ratusan ulang siar dan tanda suka di laman facebook. Dalam perkongsiannya hanya menggunakan rak buku yang beharga sekitar RM20 seunit sahaja. Dengan rak buku ini diolah menjadi rak kabinet dapur. Berikut antara perkongsiannya:

rak dapur
rak dapur

Bahan-bahan:

1) Rak Buku (Tesco)

RM14.90 x 6 Biji

2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware)

RM3.60 (12 pcs)

3) Paku Dinding (tak pakai drill)

RM1 (sebungkus)

TOTAL = RM94.00

**Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. tingkat atas xperlu ikat, letak jer kat situ.

**Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.

Idea ringkas ini sangat bagus untuk anda yang gemarkan aktiviti DIY barang keperluan rumah anda. Setakat ini hantaran ini facebook ini telah mendapat lebih 60k ulang siar dan ratusan tanda suka oleh warganet. Selamat mencuba!

Rak sinki dapur

Untuk rak sinki dapur pula terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih mengikut ukuran sinki anda. Rata-rata rak khas untuk sinki ini diperbuat daripada material plastik ataupon stainless steel. Di antara kedua-dua material ini yang paling terbaik adalah material stainless steel kerana ia lebih tahan lama, tahan lasak, dan tahan karat. 

Mengikut rujukan di laman Shopee, terdapat beberapa jenis rak khas untuk kegunaan pada sinki dapur. Berikut adalah antara sinki yang popular mengikut jumlah belian dan juga rating yang diberi oleh pembeli. Anda boleh menekan butang Shopee untuk terus ke laman Shopee.

rak dapur

Anda inginkan rak dapur yang mudah digunakan? Rak khas untuk kegunaan sinki ini adalah adalah yang paling popular dalam kalangan warganet. Ia mempunyai sehingga 2 tingkap dan hadir dengan empat jenis warna. Anda hanya perlu meletakkan rak ini di hadapan sinki anda dan hanya perlu meletakkan sahaja barangan dapur anda selepas basuh, mudah bukan?

Rak dapur serbaguna

Jenis rak serbaguna adalah antara rak yang popular untuk kegunaan dapur dan juga lain-lain. Rak ini boleh digunakan untuk menyimpan barangan dapur dan juga barangan rumah dengan kemas dan teratur. Bagi ibu-ibu yang mempunyai banyak barang pastinya memerlukan rak jenis serbaguna ini di rumah. 

Terdapat beberapa jenis rak serbaguna yang popular, berikut adalah antara beberapa unik rak yang popular dan telah terjual dengan banyak sekali di Shopee Malaysia. Anda boleh memilih salah satu daripada model ini mengikut keperluan dan bajet poket anda, tekan butang yang diberikan untuk terus ke laman penjual di Shopee.

rak dapur

Rak serbaguna ini adalah antara yang popular dalam kalangan warganet. Ia mempunyai lapisan rak sehingga 5 layer dan boleh dilipat. Selain untuk barangan dapur, rak ini juga boleh dijadikan tempat simpanan muatan barang sehingga mencapai berat 100kg. Fungsi boleh lipat yang ada pada rak ini membolehkan ia mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana sahaja.

rak dapur

Rak serbaguna seterusnya adalah jenis kecil dan sesuai untuk dijadikana rak sinki anda. Rak bersaiz mini ini mempunyai ukuran yang kecil sehingga boleh diletakkan di dalam kebinet bawah sinki anda. Ia juga mempunyai kekuatan muatan sebanyak 10kg dalam satu-satu masa. Dengan adanya sinki ini pasti memudahkan urusan anda untuk mengemas dapur anda.

Akhir Kata

Rak dapur boleh dikategorikan sebagai alatan dapur yang mesti ada di dapur anda. Bukan sahaja untuk kegunaan harian, ia juga boleh dijadikan sebagai dekorasi dapur anda agar kelihatan kemas dan cantik. Terdapat banyak jenis rak dapur yang anda boleh dapati dengan harga murah di Shopee, anda hanya perlu memilih jenis rak yang sesuai dengana dapur dan bajet kewangan anda. Baca artikel seterusnya Ruang Tamu Minimalis Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top