Table of Contents
Anda mencari warna cat luar rumah terkini yang terbaik untuk dijadikan warna rumah anda? Ya terdapat banyak pilihan cat warna yang terdapat di pasaran, namun hakikatnya tidak semua cat ini sesuai untuk dijadikan warna utama rumah anda. Ditambah pula dengan keadaan cuaca di Malaysia yang kerap panas dan lembap menjadikan pilihan warna dinding rumah mestilah sesuai dengan keadaan sekeliling.
Tambahan, setiap warna ini mempunyai tarikan dan unsur yang berbeza, ada yang bersifat sejuk, ada yang bersifat panas, ada yang mencerahkan dan ada juga sebaliknya. Jadi untuk menjadikan kediaman rumah anda lebih cantik dan indah, pemilihan cat warna dinding ini perlu mengikut warna dan tona yang bagus disamping sesuai dengan citarasa anda sebagai pemilik. Disini kami kongsikan beberapa jenis warna cat untuk dinding luar rumah yang paling popular dan terkini.
6 Warna Cat Luar Rumah Terkini Popular
Berikut kami senaraikan warna cat rumah yang terbaik untuk dijadikan warna utama rumah anda. Warna-warna ini adalah senarai warna rumah yang direkod sebagai yang paling banyak digunakan serta paling popular. Anda juga boleh menggunakan gabungan warna-warna ini, namun pastikan ia tidak melebihi 3 jenis warna pada satu rumah atau jangan keterlaluan.
Putih
Warna yang paling popular dan ramai gunakan sebagai warna rumah adalah warna dan tona warna putih. Warna putih ini digunakan sebagai cat luaran rumah sejak dari dahulu lagi dan ia adalah warna klasik untuk rumah di seluruh dunia. Warna putih serta tonanya mempunyai kelebihan boleh memantulkan haba matahari, jadi ia sangat sesuai digunakan sebagai warna rumah di negara yang beriklim panas sepanjang tahun termasuk Malaysia.
Kuning
Warna kuning adalah salah satu daripada 6 jenis warna sejuk, ia boleh menimbulkan aura sejuk pada rumah kediaman anda. Warna kuning ini dikenali sebagai warna semulajadi kerana ia salah satu daripada warna pelangi selain ungu. Tambahan, warna kuning ini juga melambangkan emosi gembira dan suka, jadi ia sesuai dijadikan warna utama rumah anda.
Biru
Selain daripada warna kuning, biru juga adalah warna sejuk yang popular untuk cat dinding rumah anda. Warna biru ini adalah lambang kepada unsur alam seperti laut dan langit dan ia bersifat semulajadi. Warna-warna semulajadi ini sesuai dijadikan warna rumah kepada mereka yang gemarkan keselesaan semulajadi atau mempunyai hiasan berbentuk pokok bunga di taman rumah.
Kelabu
Anda inginkan rumah yang berunsur klasik? Warna kelabu adalah pilihan terbaik untuk anda, semua jenis tona kelabu ini mempunyai unsur nostalgia zaman dahulu kala. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan warna rumah untuk menimbulkan aura tenang dan selesa kepada rumah anda. Warna kelabu ini adalah hasil daripada campuran warna hitam dan putih, anda boleh mengubah campuran warna putih untuk menghasil beberapa tona yang berbeza.
Hijau
Warna hijau adalah warna yang bersifat semulajadi dan popular di seluruh dunia. Ia mempunyai beberapa jenis tona yang berbeza dan sesuai untuk dijadikan warna tema rumah kediaman anda. Yang pastinya warna hijau ini sesuai dijadikan warna utama bagi rumah yang mempunyai hiasan semulajadi seperti kolam ikan dan pokok bunga hiasan. Semakin pudar tona warna hijau semakin lembut warna yang dihasilkan.
Merah
Merah adalah warna yang bersifat fancy dan menarik berbanding warna-warna yang lain. Ia juga boleh dijadikan warna utama kediaman rumah anda terutamanya bagi anda yang gemarkan aura yang happy dan menarik. Terdapat beberapa jenis tona warna merah yang anda boleh pilih, semakin terang warna merah ini semakin menarik rumah anda.
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C
Home Decor : https://shp.ee/7mvphrb
Home Decoration Living Room : https://shp.ee/nz4g33b
Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj
Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj
Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij
Akhir Kata
Aktiviti mengecat rumah adalah salah satu aktiviti yang memerlukan tenaga dan kos yang tinggi, oleh itu anda mestilah memilih warna yang terbaik dan sesuai dengan citarasa anda agar kediaman anda lebih selesa dan cantik dikemudian hari. Pastikan juga anda memilih warna cat yang berkualiti agar lapisan cat anda lebih tahan lama sesuai dengan iklim di Malaysia. Nak lebih banyak tips? Boleh baca artikel ini deco bilik tidur simple diy.