Pintu Pagar Rumah Terkini

Pintu Pagar Rumah Terkini (Gambar)

Pintu pagar rumah terkini dan moden adalah antara jenis pagar rumah yang popular sekarang. Pintu pagar yang pada dahulunya hanya berfungsi sebagai penghadang kawasan rumah telah melalui evolusi moden menjadikan sekarang telah wujud beberapa jenis pagar rumah moden yang sesuai dengan rumah anda.

Yang menariknya lagi, pintu pagar terkini ini mempunyai beberapa lagi fungsi lain seperti sensor dan roda bagi memudahkan aktiviti keluar masuk kawasan rumah anda. Oleh sebab itu, di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa jenis pintu pagar rumah terkini untuk rujukan anda.

3 Jenis Pintu Pagar Rumah Terkini

Berikut kami kongsikan beberapa jenis pintu pagar rumah mengikut jenis material yang digunakan. Jenis material ini sangat penting dalam menjadikan pintu pagar rumah anda lebih cantik, kemas, dan tahan lama. Antara material yang kerap kali digunakan adalah:

Mild steel

Material mild steel ini adalah yang paling popular dan banyak digunakan sebagai bahan membuat pintu pagar. Ini kerana bahan ini lebih murah berbanding material yang lain, namun begitu ia mempunyai kekurangan dari segi ketahanan kerana kurang lasak dan tahan lama berbanding material lain. 

Namun begitu ia adalah material terbaik untuk anda yang mempunyai kewangan yang terhad. Harga mild steel ini sekitar RM7 hingga ke RM18 sekaki dan bergantung juga kepada reka bentuk yang diinginkan. 

Wrought iron

Material besi seterusnya adalah wrought iron yang mempunyai ketahanan lebih baik daripada mild steel. Ketahanan besi ini adalah berada di pertengah iaitu tidak terlalu lemah dan tidak terlalu kuat. Ia juga masih dikategorikan sebagai besi yang mampu milik kepada golongan pertengahan.

Jika anda bercadangkan untuk menggunakan material jenis ini, harganya adalah sekitar RM20 ke RM40 sekaki bergantung kepada jenis reka bentuk dan corak pintu pagar rumah anda.

Stainless steel 

Material pintu pagar moden yang paling popular dan kukuh adalah jenis stainless steel. Sesuai dengan kualitinya yang paling tahan lama, material jenis stainless steel ini adalah pilihan bagi anda yang mempunyai kewangan yang baik. Anda boleh dapatkan jenis material ini dengan harga sekitar RM30 ke RM60 untuk sekaki dan bergantung juga kepada reka bentuk yang anda kehendaki.

Pintu Pagar Rumah Terkini
Pintu Pagar Rumah Terkini
Pintu Pagar Rumah Terkini
Pintu Pagar Rumah Terkini
Pintu Pagar Rumah Terkini
Pintu Pagar Rumah Terkini
Pintu Pagar Rumah Terkini
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Pagar Rumah : https://shp.ee/cjjwmip

Home Decor : https://shp.ee/7mvphrb

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Terdapat beberapa lagi jenis pintu pagar rumah moden seperti yang beroda dan auto, namun keutamaan harus diberikan kepada jenis material kerana ia menentukan daya tahan pintu rumah anda agar lebih selamat dan tahan lasak. Selain itu, corak pada pagar rumah juga penting dalam mewujudkan dekorasi yang cantik dan sesuai dengan tema utama rumah anda. Nak lebih banyak idea dekorasi taman rumah? Boleh terus ke slot landskap taman mini simple. Selamat mencuba!

Scroll to Top
Scroll to Top