landskap taman mini simple

Landskap Taman Mini Simple (Gambar)

Table of Contents

Landskap taman mini simple mempunyai pemandangan yang pastinya menenangkan sesiapa sahaja yang datang ke rumah anda. Oleh sebab itu tidak hairan kenapa ramai orang yang mempunyai sedikit ruang taman di rumah mereka gemarkan konsep taman mini simple ini. Tambahan kini terdapat banyak jenis hiasan serta dekorasi yang khas untuk kawasan taman mini rumah anda.

Selain menjadikan rumah anda cantik dan kemas, taman mini simple ini juga mempunyai kebaikan secara langsung terhadap emosi anda sebagai pemilik. Mempunyai rumah yang indah dengan taman-taman ini boleh merawat emosi anda daripada stress dan marah. Disini kami kongsikan beberapa jenis deko taman mini untuk rujukan anda.

4 Tips Membina Taman Mini Di Rumah

Untuk membina taman mini ini anda mestilah menitikberatkan beberapa perkara agar taman anda cantik dan selesa untuk didiami. Taman mini mestilah mempunyai kaitan unsur semulajadi yang disusun atur dengan kemas dan baik. Berikut adalah beberapa tips untuk anda yang ingin mendirikan taman mini ini.

Kenalpasti ukuran taman

Sebelum membina taman anda mestilah kenalpasti ukuran taman mini anda. Pastikan taman mini anda tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ukuran terbaik adalah cukup untuk kedatangan tetamu dan seisi keluarga anda sahaja. 

Ukuran yang terlalu besar juga boleh mengganggu keperluan aktiviti lain. Jika anda ingin mempunyai kolam, pastikan bersesuai dengan posisi dekorasi anda kerana ia memerlukan penyelenggaraan di kemudian hari.   

Pencahayaan matahari

Hal yang kerap kali dilupakan dalam membina taman mini adalah berkaitan cahaya matahari. Setiap taman mempunyai unsur hidup seperti tumbuhan dan haiwan hiasan. Kesemua hidupan ini memerlukan cahaya matahari yang cukup setiap hari. 

Oleh itu pastikan anda mencari posisi yang optima dalam penerimaan cahaya agar unsur semulajadi ini boleh hidup dan membesar dengan baik.

Pilih jenis pokok bunga

Pemilihan jenis pokok adalah amat penting pemandangan ia boleh menyerikan taman mini rumah anda. Pastikan anda memilih pokok bunga yang mempunyai warna yang cantik dan unik  agar taman lebih cantik. Posisi setiap jenis pokok bunga ini juga perlu disusun atur agak nampak lebih serasi. Contohnya variasi jenis bunga rose.

Mudahkan penyelenggaraan

Harus diingat bahawa setiap taman mini ini memerlukan aktiviti penyelenggaraan secara berkala. Jadi adalah bagus jika anda menyusun atur taman anda agar mudah untuk diselenggarakan setiap minggu. Contohnya jika taman anda mempunyai kolam ikan, pastikan ia berdekatan dengan sumber air untuk proses mencuci kotoran ikan.

Pelan Landskap Taman Mini Simple

Berikut kami kongsikan beberapa gambar taman mini simple untuk dijadikan sebagai rujukan buat anda. Disini anda boleh dapatkan beberapa ilham untuk membina taman mini di rumah anda sendiri.

landskap taman mini simple
landskap taman mini simple
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Pokok Bunga Hidup : https://shp.ee/5jkwr5p

Pokok Keladi : https://shp.ee/ipegh3p

Pokok Ati Ati : https://shp.ee/sze7xbp

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Taman mini ini pastinya mempunyai banyak kebaikan kepada anda sebagai pemilik kediaman. Tambahan pula jika rumah anda mempunyai kawasan terbiar yang luas, seeloknya anda bangunkan taman mini ini sebagai aktiviti riadah bersama seisi keluarga anda. Nak tahu lebih banyak design kampung moden? Boleh terus ke slot design rumah kampung moden. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top