Table of Contents
Cat bilik tidur warna pastel kini menjadi pilihan kebanyakan warganet di Malaysia. Dengan pertambahan warna cat yang unik dan cantik kini variasi warna pastel pula menjadi carian ramai orang yang inginkan bilik tidur yang digemari. Terdapat banyak jenis variasi warna pastel, disini kami kongsikan apa yang anda perlu tahu berkenaan warna pastel ini. Baca hingga habis ya..
Apa Itu Warna Pastel
Sebelum melihat lebih lanjut variasi cat warna pastel ini, elok terlebih dahulu anda fahami apa yang dimaksudkan dengan warna pastel. Warna pastel adalah sebarang jenis warna yang bersifat “pucat”. Untuk menghasilkan warna pastel ini, cara yang paling popular adalah dengan menambahkan tekstur warna putih ke dalam mana-mana warna untuk menghasilkan warna yang “pucat”. Makin bertambah warna putih, semakin pastel suatu warna tersebut. Warna pastel ini adalah warna yang lebih pudar, pucat, dan lembut berbanding warna aslinya.
Cat Bilik Tidur Warna Pastel Terkini
Bagi anda yang ingin mencari jenis cat terbaik untuk menghasilkan warna pastel ini terdapat beberapa jenama cat yang berkualiti anda boleh dapati di pasaran Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:
- Dulux wall paint
- Jotun wall paint
- Nippon wall paint
Harus diingat dalam mencari jenis cat terbaik untuk dinding bilik tidur anda pastikan anda mencari jenis cat yang bukan sekadar murah tetapi berkualiti. 3 jenama ini adalah yang anda boleh dapati dengan harga mampu milik dan mempunyai kualiti tekstur cat yang tahan lama.
**Link pembelian di Shopee ada di hujung artikel ini.
Dapatkan harga lebih murah di Shopee..T&C
Kelebihan Warna Pastel
Setiap warna mempunyai kesan tersendiri terhadap minda dan psikologi manusia. Pemilihan warna bilik tidur yang sesuai dengan citarasa dan idaman anda adalah perlu kerana ia boleh memberikan keselesaan kepada kepada anda.
Untuk warna pastel pula, ia mempunyai sifat warna yang berunsur lembut dan tenang. Ini secara tidak langsung boleh mewujudkan rasa tenang sepanjang berada di dalam bilik yang mempunyai warna soft ini. antara kelebihan warna pastel ini adalah:
- Warna yang tenang dan lapang
- Warna yang romantik
- Lambang musim “spring”
- Unsur ibu dan bayi baru lahir
Warna pastel ini mempunyai tekstur lebih pucat berbanding warna aslinya yang lebih terang, setiap warna ini boleh melambangkan pelbagai unsur untuk minda manusia. Jadi pilihlah warna yang sesuai dengan citarasa anda.
10 Kombinasi Warna Pastel Bilik Tidur Terbaik
Berikut adalah beberapa kombinasi warna pastel yang popular dan sesuai dijadikan sebagai warna tema untuk bilik tidur keluarga anda. Ia juga turut sesuai dijadikan sebagai warna tema ruang tamu di rumah anda. Variasi ini adalah rujukan melalui di laman internet popular iaitu offeo. Turut disertakan code setiap satu warna untuk rujukan anda selanjutnya.
Candies Be Love
Gabungan warna biru dan ungu pudar ini sangat sesuai dijadikan sebagai warna di kedai bakery atau boleh dijadikan warna tema untuk pusat nursery kanak-kanak
Love-caroon
Kombinasi warna pastel yang sedikit gelap dan suram, ia sesuai dijadikan sebagai tema untuk frame dan gambar latar belakang album instagram anda.
Sugary-Colored Pills
Variasi warna merah jambu, kuning, ungu, biru dan orange pudar menjadi ia sesuai untuk menggambarkan emosi seronok dan ceria. Warna pastel ini sesuai dijadikan sebagai tema untuk bilik tidur dan tempat permainan kanak-kanak yang aktif.
Mint to Be
Kombinasi warna mint dan merah jambu ini sesuai untuk golongan remaja dan moden. Ia juga boleh dijadikan warna tema untuk blog dan fashion.
Donut Move
Menjadikan warna merah jambu sebagai warna utama, kombinasi ini sesuai untuk bilik tidur anak perempuan anda yang feminin.
Fleeting Thoughts
Warna pastel yang sedikit gelap tetapi boleh membawa unsur tenang dan lapang sepanjang berada di dalam bilik tidur. Warna ini juga sama seperti warna ketika matahari terbenam, memberikan rasa nyaman kepada penghuni.
Fly Awe-way
Jika anda gemarkan unsur semulajadi, warna biru pudar adalah pilihan terbaik untuk bilik tidur anda. Warna ini melambangkan alam semulajadi dan boleh mewujudkan rasa tenang sepanjang masa.
Crystallized Beauty
Sebuah lagi kombinasi warna pastel yang sesuai untuk golongan remaja terkini. Gabungan biru dan ungu pudar ini adalah sesuai untuk golongan wanita yang gemarkan unsur intan berlian di dalam bilik tidur.
Ice See You Cream
Anda inginkan variasi warna kostel yang pelbagai tetapi masih lagi menarik? Gabungan ini adalah yang sesuai. Ia juga boleh dijadikan warna tema rumah kediaman yang berkonsepkan hipster.
Mini Pastel Pops
Warna yang sinonim dengan warna golongan muda, ia juga sesuai dijadikan tema untuk bilik tidur backpacker bagi anda yang mempunyai homestay untuk diwarnai.
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C
Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj
Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj
Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij
Akhir Kata
Pemilihan warna pastel untuk bilik tidur ini perlu dilakukan dengan cara yang betul agar warna yang dihasilkan mempunyai tona kostel yang diidamkan. Anda boleh merujuk pakar dalam cat kediaman atau pereka deko untuk lebih jelas. Selain itu, pastikan juga anda memilih jenis cat yang berkualiti agar warna yang dihasilkan lebih cantik dan tahan lama. Baca juga artikel deco ruang tamu kecil simple. Semoga bermanfaat!