Table of Contents
Dekorasi dan design dapur basah belakang rumah kini menjadi carian para warganet di Malaysia. Dapur adalah salah satu ruangan asas yang perlu ada pada semua rumah, ruang dapur yang luas dan kemas menjadikan kerja-kerja memasak anda lebih mudah dan cepat. Oleh sebab itu, bagi yang berkemampuan anda boleh membina sebuah ruang dapur basah di belakang rumah anda.
Jika anda mempunyai ruangan kosong dibelakang rumah anda, elok lah anda gunakan sebahagian ruang tersebut untuk dijadikan sebagai dapur basah rumah anda. Rumah yang mempunyai dapur basah belakang rumah ini adalah pemandangan biasa di rumah-rumah negara eropah, namun di Malaysia konsep dapur luar ini jarang dilihat.
Kebaikan Dapur Belakang Rumah
Mempunyai dapur yang cantik adalah idaman bagi pemilik rumah terutamanya kaum suri rumah. Selain berfungsi sebagai tempat memasak, mempunyai dapur belakang rumah yang luas ini juga boleh memberikan beberapa kebaikan untuk rumah anda. Antaranya adalah:
- Meningkatkan nilai rumah anda
- Mempunyai dapur yang luas dan selesa
- Sesuai untuk aktiviti kenduri atau moreh
- Proses memasak lebih mudah dan selesa
- Ruang makan sama seperti makan di luar/kedai makan
Ternyata mempunyai dapur belakang yang luas dan besar juga memberi banyak kebaikan untuk anda seisi keluarga. Yang menariknya anda juga boleh menyediakan ruang makan di dapur belakang rumah anda, ini menjadikan tempat makan keluarga anda lebih seronok sama seperti dine in di luar.
3 Tips Membina Dapur Basah Belakang Rumah
Untuk membina dapur belakang rumah, anda perlu meneliti beberapa perkara agar ruangan dapur ini terbina dengan baik dan cantik. Sebenarnya untuk membina dapur belakang ini anda tidak memerlukan ruangan yang luas, malah dapur belakang ini boleh sahaja dibina memanjang dan bersambungan dengan dapur sediada.
Namun pastikan anda mempunyai reka bentuk dan plan yang dilukis terlebih dahulu agar kerja-kerja pembinaan boleh dilakukan dengan lancar. Berikut adalah beberapa tips untuk membina dapur basah belakang rumah anda.
Ukuran dapur belakang
Pastikan anda membuat ukuran yang tepat berkaitan luas dapur yang anda ingin dirikan. Jika rumah anda tidak mempunyai kawasan luar di belakang, anda boleh membuat sambung dapur daripada dapur asal rumah anda.
Sediakan peralatan yang perlu
Apabila luas dapur bertambah, anda juga perlu tambahkan alatan dapur anda agar boleh digunakan di kemudian hari. Barangan dapur ini juga perlu di diletakkan mengikut kesesuaian penggunaannya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Antaranya adalah:
- Dapur (gas atau elektrik)
- Kabinet
- BBQ
- Peti sejuk
- Paip air/sinki
- Meja dan kerusi makan
Seeloknya alatan-alatan ini perlu disetkan kedudukannya di dapur terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di dapur baru anda.
Check keadaan sekeliling
Tips seterusnya adalah faktor sekeliling seperti jenis atau, langsir, dan lantai. Bagi dapur belakang jenis luar rumah, pastikan anda melihat keadaan cuaca dan kesan pada dapur anda. Pastikan anda menggunakan atap yang tahan air hujan dan langsir yang boleh naik turun ketika berlakunya hujan. Lantai juga mestilah tinggi bagi mengelakkan banjir berlaku di dapur anda.
Kredit: Fizah Hassan
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C
Dapur Gas : https://shp.ee/c2mgeep
Dapur Elektrik : https://shp.ee/nvacwcp
Kabinet Dapur : https://shp.ee/m3e2xqp
BBQ Set : https://shp.ee/vuq36ep
Peti Sejuk : https://shp.ee/iujjt2p
Pokok Keladi : https://shp.ee/ipegh3p
Akhir Kata
Proses membina dapur belakang ini juga memerlukan plan yang sama seperti membina rumah anda. Anda mestilah mempunyai idea yang dilakar pada kertas projek sebelum melakukan sebarang aktiviti pembinaan.
Jika anda tidak mempunyai taman belakang rumah, anda boleh sahaja membuat sambungan belakang dapur asal rumah anda agar lebih luas. Nak lebih banyak idea dapur? Boleh terus ke laman dapur minimalis untuk rujukan lanjut. Selamat men”deko”