design rumah simple

Design Rumah Simple (Gambar)

Plan design rumah simple di Malaysia mempunyai beberapa jenis seperti design rumah moden simple dan design rumah kampung simple. Reka bentuk kediaman simple ini mempunyai banyak persamaan dengan konsep rumah minimalis cuma design minimalis ini tidak mempunyai barangan deko serta hiasan yang terlalu banyak.

Dari segi keluasan pula rumah jenis simple ini tidak memerlukan ruang yang banyak, cukup boleh menempatkan barangan dan alatan keperluan sudah memadai, namun keluasan ini bukan ukuran kerana ia rumah bersaiz besar juga boleh mempunyai reka bentuk simple dan ringkas.

Tips Membina Rumah Simple 

Walaupun rumah simple ini tidak memerlukan banyak ruang dan reka bentuk yang komplek, namun ia juga memerlukan beberapa perkara yang perlu diteliti agar rumah anda dibina dengan baik dan kemas. Berikut adalah beberapa tips ringkas yang anda boleh lihat dalam mereka bentuk rumah simple anda.

Keadaan tanah

Sebelum memulakan proses membina rumah anda mestilah terlebih dahulu mengenalpasti jenis tanah di sekeliling. Ini kerana terdapat beberapa jenis tanah asal yang tidak sesuai untuk dibina paka rumah seperti tanah berbukit/tidak rata, tanah rendah, tanah paya, dan sebagainya. 

Untuk tanah yang rendah, anda perlulah mengeluarkan sedikit modal untuk tambak/timbus tanah agar kawasan tanah rumah anda lebih tinggi daripada jalan tar. Jika tanah lebih rendah daripada jalan tar utama, rumah anda nanti akan ditenggelami air apabila hujan lebat. Selain itu, seeloknya anda mengupah jurukur tanah untuk mengukur kawasan tanah bagi mengelakkan anda termakan tanah orang lain.

Ruang asas rumah

Pastikan anda berbincang bersama arkitek rumah anda agar mereka bentuk dengan baik ruang asas rumah anda iaitu ruang tamu, bilik tidur, dapur dan tandas. Pastikan juga bahagian atap rumah dibina dengan design yang sesuai dengan cuaca seperti musim kemarau dan musim ketujuh. 

Semua ini adalah antara benda asas yang penting dalam design rumah simple anda, kegagalan dalam merekabentuk dengan baik ini akan mengakibatkan anda perlu mengeluarkan modal lebih untuk baik pulih dikemudian hari.

Kewangan anda

Kewangan semasa anda adalah antara yang paling penting dalam proses membina rumah simple anda. Tahukah anda, dengan mereka bentuk dengan teliti plan rumah simple anda juga boleh mengelakkan poket anda daripada rugi ribuan ringgit. Ini kerana banyak berlaku dimana pemilik rumah terpaksa mengeluarkan modal lebih untuk membaik pulih rumah yang baru dibina disebabkan kecuaian semasa proses pembinaan.

Gambar Design Rumah Simple

Berikut kami kongsikan beberapa jenis gambar rujukan untuk design rumah simple sebagai perkongsian untuk anda. Terdapat juga rujukan reka bentuk rumah ringkas moden @ minimalis dan juga rumah kampung ringkas. Jom sama-sama saksikan.

Design Rumah Moden Simple

Design rumah ini adalah berbentuk seakan minimalis yang sesuai dibina di negara beriklim Malaysia. Bahagian utama yang perlu dilihat adalah pada atap rumah moden simple ini kerana banyak masalah berpunca daripada masalah atap moden yang tidak sesuai dengan iklim Malaysia.

design rumah simple
design rumah simple

Design Rumah Kampung Simple

Berikut adalah design rumah simple versi kampung pula, rumah ini direka bentuk dengan rekaan rumah tradisional orang melayu tetapi menggunakan bahan binaan moden. Ia bagus untuk anda yang inginkan aura rumah orang zaman dulu.

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Pokok Bunga Hidup : https://shp.ee/5jkwr5p

Pokok Keladi : https://shp.ee/ipegh3p

Pokok Ati Ati : https://shp.ee/sze7xbp

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Mempunyai rumah yang simple tapi kemas dan cantik adalah idaman bagi ramai orang yang gemarkan unsur kediaman yang ringkas dan tenang. Malah, konsep ini juga hampir sama dengan konsep kediaman minimalis yang popular dan moden. 

Jika anda bercadang untuk membina rumah jenis simple ini pastikan anda meneliti design rumah agar sesuai dengan iklim di malaysia yang mempunyai musim kemarau dan musim ketujuh setiap tahun. Anda berminat nak baik pulih dapur rumah anda? Boleh terus ke slot dapur basah belakang rumah. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top