design rumah kampung moden

Design Rumah Kampung Moden (Gambar)

Table of Contents

Tidak dinafikan design rumah kampung moden kini mulai popular di laman sosial FB. Bagi orang melayu pastinya tidak asing dengan reka bentuk rumah kampung yang terdapat di Malaysia ini. Namun tahukah anda bahawa rumah kampung ini juga telah di inovasi dengan material moden dan wujudlah rumah kampung versi moden pula sekarang ini.

Walaupun diperbuat daripada material moden seperti batu dan konkrit, rumah kampung versi moden ini tetap menerapkan unsur tradisional pada reka bentuknya. Ini menjadikan rumah ini popular dan mendapat tempat dalam kalangan peminat zaman tradisional lama untuk diadaptasi ke rumah baru mereka. Berikut kami kongsikan beberapa gambar rujukan rumah kampung versi moden di hujung artikel ini.

3 Ciri-ciri Yang Ada Pada Rumah Kampung 

Jika anda bercadang untuk membina rumah bertemakan unsur tradisional, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu anda lihat agar ia melambangkan budaya “kampung” dan tradisi orang melayu. Dari ciri inilah anda boleh olah dengan reka cipta menggunakan material moden. Antaranya adalah:

Jenis bumbung

Rumah tradisional orang melayu mempunyai atap yang diperbuat daripada daun pokok, reka bentuk atap ini mestilah menyerupai bentuk segitiga yang berasingan. Ini kerana, terdapat banyak konsep rumah moden kini mempunyai atap yang mendatar dan rata, yang mana jelas ia tidak sesuai untuk rumah konsep kampung.

Tiang rumah & tangga

Salah satu unsur penting dalam membina rumah konsep kampung ini adalah mesti mempunyai tiang rumah dan tangga. Rumah kampung melayu asli adalah bertingkat bertujuan untuk melindungi daripada banjir dan haiwan liar. Jadi reka bentuk rumah kampung moden mestilah mempunyai tiang dan bertingkat. Tangga pula mesti dibina menghadap pintu utama rumah.

Beranda luar & tingkap

Antara keunikan rumah tradisi melayu adalah ada diantaranya mempunyai beranda luar dan tingkap di setiap dinding rumah. Reka bentuk ini perlu diterapkan untuk rumah kampung moden, malah dengan reka bentuk yang betul dan kemas beranda dan tingkap ini akan kelihatan cantik dipandang.

Design Rumah Kampung Moden Paling Cantik

Disini kami kongsikan beberapa jenis rumah kampung versi moden untuk rujukan anda. Anda boleh “cuci mata” dengan idea-idea design ini dan mungkin boleh menjadi ilham untuk rumah anda. Jom sama-sama lihat..

design rumah kampung moden
design rumah kampung moden
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Pokok Bunga Hidup : https://shp.ee/5jkwr5p

Pokok Keladi : https://shp.ee/ipegh3p

Pokok Ati Ati : https://shp.ee/sze7xbp

Dulux wall paint : https://shp.ee/e5x7mqj

Jotun wall paint : https://shp.ee/zvffyuj

Nippon wall paint : https://shp.ee/zvgbcij

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Secara keseluruhan konsep rumah kampung moden ini sangatlah cantik di mata peminat rumah tradisional. Tambahan pula dengan campuran reka bentuk serta material moden menjadikan konsep rumah ini lebih cantik, kemas, dan elegend. Nak lebih banyak design rumah idaman anda? Boleh terus ke laman design rumah simple. Jangan lupa share ya..

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top