landskap taman bunga

Landskap Taman Bunga (Gambar)

landskap taman bunga di halaman rumah adalah salah satu konsep taman rumah yang cantik dan diminati ramai. Tidak seperti taman mini yang hanya menggunakan bahan dekorasi buatan @ artificial, taman bunga ini pula menggunakan bunga hiasan yang tulin dan asli. Terdapat banyak jenis deko dan hiasan pokok bunga yang anda boleh gunakan untuk taman bunga anda.

Bagi anda yang bercadang untuk membina taman bunga, anda boleh melakukan dekorasi ini mengikut citarasa anda sendiri. Tetapi bagi anda yang kekurangan idea hiasan, anda boleh merujuk gambar taman bunga halaman rumah untuk dijadikan ilham deko anda. Tambahan, anda sebenarnya boleh mendapatkan pelbagai jenis pokok bunga hiasan dengan harga murah sahaja di kedai bunga berdekatan dan juga di Shopee.

4 Tips Susunan Bunga di Halaman Rumah

Berikut kami sertakan beberapa tips untuk menyusun atur pokok bunga hiasan di halaman rumah anda. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga hiasan yang mempunyai variasi warna dan corak yang berbeza, oleh itu padanan dan aturan pokok bunga ini mestilah dibuat dengan baik agar taman bunga anda lebih cantik dan enak dipandang. Berikut antara tips untuk anda…

Setkan fokus point

Satu perkara utama yang perlu ada setiap kali mendeko adalah pastikan anda kenal pasti dahulu fokus point landskap taman bunga anda. Biasanya fokus point ini berada di hadapan pintu masuk dan depan meja tempat duduk. Sudut pandang disinilah anda perlu sediakan dekorasi yang kemas dan cantik kerana ia adalah sudut pandang taman bunga anda.

Kombinasi warna bunga

Taman bunga pastinya mempunyai elemen pokok bunga hiasan yang cantik dan berwarna-warni. Tiada cara yang khusus untuk kombinasi warna pokok ini, anda boleh campurkan ke semua warna atau boleh juga gunakan satu ke dua warna bunga sahaja. Yang penting pastikan ia kena dengan citarasa anda sebagai pemilik taman.

Susun pokok bunga mengikut tinggi

Bagi menjaga kesihatan pokok anda, pastikan anda menyusun pokok bunga mengikut ketinggiannya. Ini kerana pokok yang lebih pendek ini akan tenggelam dan dengan pokok yang lebih tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan pokok yang rendah ini menjadi layu dan cepat mati disebabkan kurang menerima cahaya matahari. Oleh itu, pastikan anda asingkan pokok bunga mengikut tingginya.

Gantikan bunga yang layu

Kebiasaannya tidak semua pokok bunga anda akan berkembang dengan mekar walaupun telah dijaga dengan rapi, akan ada pokok bunga yang layu dan memerlukan bantuan seperti air dan baja untuk segar semula. Bunga yang layu ini akan mengganggu hiasan taman anda, jadi anda perlu gantikan pokok yang layu ini dengan pokok yang lebih sihat dan segar.

Dekorasi Lain Yang Perlu Ada

Selain daripada pokok bunga, taman juga memerlukan beberapa hiasan lain untuk menjadikan ia lebih cantik dan kemas. Alatan ini adalah kombinasi terbaik untuk halaman rumah yang berkonsep taman bunga, antaranya adalah:

  • Pagar hiasan
  • Batu hiasan
  • Meja dan kerusi 
  • Pasu bunga
  • Kolam ikan buatan

Anda boleh dapatkan alatan-alatan ini secara dalam talian dengan harga yang murah dan jimat. Jika anda mempunyai modal dan masa yang banyak, anda juga boleh membina kolam ikan buatan di taman anda.

Gambar Landskap Taman Bunga Halaman Rumah

Berikut adalah beberapa gambar rujukan untuk anda jadikan sebagai ilham deko taman bunga halaman rumah anda. Daripada gambar-gambar ini anda boleh jadikan sebagai model untuk membina taman di halaman rumah anda.

landskap taman bunga
landskap taman bunga
landskap taman bunga
landskap taman bunga
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Rumput Karpet : https://shp.ee/bzxxfmx

Pagar Hiasan  : https://shp.ee/9hvh7vx

Batu Hiasan : https://shp.ee/93jg29x

Pokok Bunga Ros : https://shp.ee/htcmbvx

Garden Table :https://shp.ee/gbrphix

Pasu Bunga : https://shp.ee/duaxjvp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Sekali

Pemilihan dan susunan bunga adalah antara perkara yang penting dalam menghias halaman rumah anda. Dengan susunan pokok bunga yang cantik dan mekar menjadikan taman rumah anda lebih cantik dan enak dipandang. Taman bunga cantik ini juga boleh dijadikan tempat untuk bersama seisi keluarga semasa waktu lapang. Baca artikel berkaitan jubin bilik air cantik. Selamat men”deko”

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top