Deko Taman Mini

Deko Taman Mini Malaysia (Gambar)

Anda peminat deko taman mini dan inginkan idea untuk deko dan bahan hiasan yang boleh diletakkan di dalam kawasan taman mini rumah anda? Teruskan membaca kerana disini kami kongsikan beberapa tips dan idea bahan hiasan yang anda boleh letakkan di kawasan taman mini rumah anda.

Mempunyai taman mini yang cantik di rumah adalah idaman bagi mereka yang gemarkan elemen taman dan semulajadi. Tambahan, kini anda sebenarnya boleh membuat dekorasi sendiri taman mini anda. Anda hanya memerlukan beberapa bahan hiasan yang murah dan boleh dibeli secara dalam talian sahaja.

Barang Dekorasi Taman Mini Yang Wajib Ada

Berikut kami sertakan beberapa alatan yang anda perlukan untuk membina taman mini di ruang rumah anda. Bahan-bahan ini hanyalah asas kepada taman mini, anda masih boleh menambah beberapa jenis dekorasi lagi mengikut citarasa anda. Antara barang asas taman mini adalah:

Rumput Karpet

Deko Taman Mini

Apabila bercakap mengenai taman, ia tidak lari daripada mempunyai lantai yang berbentuk rumput semulajadi. Bagi anda yang tinggal di rumah yang tiada kawasan rumput anda boleh menggunakan rumput karpet untuk menggantikan rumput asli. 

Penggunaan rumput karpet ini adalah lebih baik kerana ia tidak memerlukan banyak penyelenggraan dan mudah dialihkan. Anda hanya perlu keluarkan sedikit modal untuk sekali beli sahaja. Penggunaan rumput karpet ini sangat sinonim dengan taman mini di rumah.

Pagar Hiasan 

Deko Taman Mini

Selain rumput, anda juga boleh menambahkan dekorasi taman anda dengan hiasan berbentuk pagar taman. Pagar hiasan ini mempunyai bentuk yang cantik dan comel sesuai untuk digunakan pada taman mini anda. 

Pagar ini juga berfungsi sebagai divider kepada pokok yang anda ingin letak. Selain itu, ia juga boleh dijadikan tempat bermain untuk haiwan kesayangan anda seperti kucing dan arnab.

Batu Hiasan

Deko Taman Mini

Jika anda inginkan unsur lebih semulajadi, anda boleh meletakkan beberapa jenis batu hiasan di sekitar taman mini anda. Terdapat banyak jenis batu hiasan yang dijual secara dalam talian dengan harga murah sahaja. Batu-batu ini boleh juga dijadikan divider bagi taman anda.

Pokok Hiasan

Deko Taman Mini

Pastinya setiap taman mini memerlukan pokok hiasan untuk menyerikan pemandangan. Anda boleh meletakkan pokok hiasan di sekitar taman anda agar lebih cantik dan menimbulkan aura taman mini anda. Sama seperti rumput karpet, pokok hiasan ini tidak memerlukan penyelenggaraan, anda hanya perlu letakkan di sudut dan biarkan sahaja. 

Pokok Bunga Ros

Untuk menambahkan aura taman mini anda, kami cadangkan anda turut sertakan pokok bunga ros di samping pokok hiasan tiruan. Ini kerana pokok bunga ros ini adalah pokok bunga yang popular di seluruh dunia. Ia mempunyai aura tersendiri dengan variasi bunganya yang cantik dan mempunyai haruman yang wangi kepada taman mini anda.

Pokok Keladi

Selain pokok bunga ros, pokok keladi juga mempunyai nilai hiasan yang bagus untuk taman mini. Unsur pokok keladi ini bagus digandingkan bersama unsur batu hiasan. Gabungan ini boleh mewujudkan elemen air dan sungai di taman mini anda. Pokok keladi ini anda boleh dapatkan dalam bentuk pokok hiasan dan juga pokok keladi asli.

Garden Table

Yang paling terakhir adalah meja dan kerusi untuk taman mini anda, fungsi kerusi dan meja ini adalah untuk dijadikan sebagai tempat beristirahat seisi keluarga dan tetamu yang bertandang. Anda boleh menikmati keindahan taman mini anda bersama-sama keluarga tercinta setiap hari.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Mempunyai kawasan taman mini adalah tidak mustahil walaupun anda tinggal di kawasan rumah teres yang mempunyai tanah yang terhad. Yang penting anda mempunyai minat dan sanggup untuk mengeluarkan tenaga dan wang untuk merealisasikan konsep taman mini rumah anda. Joma baca artikel berkaitan hiasan dapur tanpa kabinet. Selamat men”deko”

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top