Bilik Tidur Mewah Modern

Bilik Tidur Mewah Modern (Gambar)

Anda inginkan bilik tidur mewah modern untuk anak-anak dan diri sendiri? Bagi golongan berada anda sudah pastinya inginkan dekorasi berbentuk moden dan mewah terutamanya untuk ruang tidur anda. 

Konsep deko mewah ini sebenarnya tidak murah dan memerlukan modal yang besar untuk dekorasi. Bagi golongan B40 pula boleh adaptasi konsep mewah ini pada ruang yang perlu sahaja di kediaman anda.

Bagi golongan B40 yang mempunyai kewangan yang terhad, anda boleh melakukan dekorasi mewah ini pada ruang tertentu sahaja seperti bilik tidur. Walaupun rumah anda biasa sahaja, namun anda masih boleh menikmati waktu malam dan tidur sama seperti rumah mewah. Di dalam slot ini kami kongsikan info dan tips berkenaan bilik rumah mewah dan beberapa idea untuk rujukan anda.

Tips Deko Bilik Tidur Mewah Anda

Bagi anda yang ingin idea untuk deko mewah bilik tidur anda, terdapat beberapa perkara yang anda boleh beri perhatian agar dekorasi bilik anda menjadi lebih kemas. Bagi golongan B40 pula boleh jadikan tips ini sebagai rujukan kerana ia juga tidak memerlukan modal yang banyak untuk dilakukan. Berikut adalah beberapa tips untuk deko bilik tidur anda.  

Focus point pada katil tidur

Sebut sahaja bilik tidur, pastinya anda perlu jadikan katil tidur anda sebagai sudut fokus. Katil anda hendaklah mempunyai unsur mewah, anda boleh berjimat dengan mendapatkan katil murah tetapi perlu memilih dekorasi pada tilam dan bantal agar nampak lebih mewah.

Kini terdapat banyak jenis katil yang bersaiz besar yang dijual dengan harga murah. Anda boleh dapatkan secara dalam talian atau boleh pergi ke kedai-kedai berdekatan. 

Banyakkan bantal 

Jika diperhatikan pada deko rumah orang kaya yang mewah, antara elemen yang menjadikan ia nampak mewah dan moden adalah dengan adanya variasi warna dan bentuk bantal tidur dan bantal sofa. Anda boleh dapatkan beberapa jenis bantal untuk dijadikan deko pada ruang tidur anda. Tambahan kini anda boleh dapatkan bantal hotel dengan harga mudah di Shopee. 

Gunakan lampu mewah

Antara elemen yang memainkan peranan untuk menimbulkan konsep mewah dan moden adalah pada pencahayaan. Terdapat banyak jenis lampu deko yang boleh digunakan untuk konsep mewah ini. Antara warna yang sesuai untuk unsur mewah ini adalah warna krim dan malap, elakkan menggunakan lampu warna-warni dan sebagainya.

Gunakan wallpaper

Jika anda mempunyai kewangan yang terhad, anda tidak perlu untuk melakukan major dekorasi pada bilik tidur anda. Alternatif yang paling murah adalah dengan menggunakan wallpaper yang boleh dipasang dan ditanggalkan. Cara ini adalah yang paling jimat dan selamat untuk mengubah dinding bilik tidur anda mengikut konsep deko.

Gunakan sofa mewah

Jika anda mempunyai ruang yang banyak pada bilik tidur anda boleh meletakkan perabot seperti sofa mewah disamping katil tidur. Kami cadangkan sofa kerana kini terdapat banyak jenis sofa mewah yang dijual dengan harga murah sahaja. Selain itu, ia juga boleh dijadikan tempat beristirahat anda untuk makan, menonton tv, atau membaca. 

Kredit : Deco Guru & Koleksi Dekorasi Rumah Viral

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Katil Tidur : https://shp.ee/admxsk7

Bantal Murah : https://shp.ee/3if5567

Bed Light : https://shp.ee/exr3pi7

Wallpaper : https://shp.ee/qpxqag7

Sofa Murah : https://shp.ee/hq7rnu7

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Sekali

Mempunyai modal yang terhad bukanlah faktor penghalang kepada anda untuk memiliki bilik tidur yang terhad. Dengan cara dan ilmu yang betul anda masih boleh melakukan dekorasi mewah dan moden pada bilik tidur anda. Anda mencari warna cat yang sesuai untuk ruang tamu? Boleh terus ke slot Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk. Selamat men”deko”

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version