Table of Contents
Konsep dapur moden semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang. Walaupun terdapat juga sesetengah orang yang suka akan dapur berkonsepkan tradisional, namun majoriti warganet inginkan konsep dapur yang trending dan sesuai dengan kemajuan sekarang.
Tambahan pula, hampir kesemua rumah dibina dengan reka bentuk moden, ini menjadikan bahagian dapur rumah perlu seiring dengan dekorasi moden di Malaysia. Di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya yang anda perlu tahu berkenaan deko dapur jenis moden dan juga beberapa contoh untuk rujukan anda.
Konsep simple
Untuk konsep deko dapur, konsep yang paling sesuai adalah dengan gabungan konsep simple sahaja. Ini boleh dilihat pada konsep dapur minimalis moden yang hanya mengenakan keperluan yang sedikit sahaja. Jadi pastikan dapur anda mempunyai ruang yang luas disampaing barangan-barangan dapur.
Berita baiknya, anda boleh menggunakan organiser yang boleh dibeli di laman Shopee dengan harga murah sahaja. Fungsi organiser ini adalah untuk menyimpan barang dapur anda dengan kemas dan teratur agar boleh meminimakan ruang dapur anda. Terdapat banyak jenis organiser seperti rak trolley, rak kabinet, bekas balang dan banyak lagi. Link Shopee terdapat di hujung artikel ini.
Dinding dapur moden
Untuk dinding dapur pula anda boleh meletakkan beberapa jenis perabot agar kelihatan moden dan simple. Antara yang popular adalah anda boleh letakkan kabinet sebaguna pada bahagian dinding dapur anda. Terdapat banyak jenis kabinet dinding yang berkonsepkan moden yang dijual di laman Shopee. Anda boleh memilih yang sesuai dengan citarasa anda.
Selain kabinet, anda juga boleh meletakkan rak pada dinding dapur anda. Berbezaan kabinet dan rak ini adalah rak lebih terbuka dan lebih mudah untuk digunakan. Namun pastikan anda mengusun rak dapur dinding anda bagi mengelakkan ia kelihatan bersepah. Anda juga boleh meletakkan beberapa bahan hiasan dan deko pada rak dinding dapur anda.
Almari pada dapur
Jika dan mempunyai bahan masakan yang banyak, cara terbaik untuk menyimpannya adalah dengan menggunakan almari khas untuk dapur. Konsep almari dapur ini tidak asing lagi, ini kerana terdapat banyak jenis almari corak moden untuk pilihan anda. Kekurangan utama almari moden ini adalah pada harganya yang sedikit mahal berbanding kabinet dapur.
Untuk versi moden, anda boleh mengenakan almari yang diperbuat daripada material kayu dan mempunyai sedikit konsep DIY. Almari jenis ini bukan sahaja murah, malah ia juga sesuai dengan balang dan bahan dapur yang berkonsepkan kayu. Ini menjadikan dapur versi moden anda sedikit minimalis dan simple.
Alatan Dapur Moden
Sekarang ini terdapat banyak jenis alatan dapur moden untuk memudahkan urusan kerja harian anda. Alatan-alatan ini secara tidak langsung boleh mewujudkan konsep moden pada dapur rumah anda. Antara alatan dapur moden yang mesti ada adalah mesin penapis air, dapur elektrik, peti sejuk, kualiti non stick, dan banyak lagi.
Tambahan, sekarang anda boleh mendapatkan alatan dapur ini dengan harga mampu milik sahaja. Peti sejuk dan dapur elektrik anda boleh dapatkan dengan harga sekitar bawah RM300 sahaja. Pastikan anda membeli daripada pengedar yang betul dan sah agar alatan ini lebih terjamin dan selamat.
Meja makan moden
Antara unsur moden yang boleh diterapkan pada dapur rumah anda adalah pada ruang meja makan. Anda perlukan memilih jenis meja makan yang mempunyai ciri-ciri moden, seperti konsep minimalis dan konsep meja kayu. Anda juga boleh mengenakan hiasan dengan alas meja yang sesuai dengan konsep warna dapur anda. Ini boleh menaikkan lagi unsur moden pada dapur anda.
Anda juga perlu memainkan peranan dalam pemilihan warna dapur anda. Tahukah anda bahawa terdapat warna yang khas untuk mewujudkan aura moden pada rumah anda? Berikut adalah beberapa warna moden untuk anda cuba:
- Warna putih
- Kelabu
- Tan
- Biru
- Merah
Anda boleh jadikan salah satu warna ini sebagai warna utama dapur anda, dan satu warna lain sebagai warna sampingan, contohnya putih campur biru.
Hiasan dan lampu
Untuk memaksimakan konsep dapur terkini rumah anda, anda juga boleh mengenakan deko dan hiasan yang berkonsepkan moden. Ini termasuklah organiser, lampu dapur, perabot, almari, jenis dapur, alatan elaktrik, dan banyak lagi. Berita baiknya anda boleh membuat carian di laman Shopee untuk mencari barangan deko yang anda inginkan. Untuk rujukan lanjut anda boleh menekan beberapa link Shopee yang terdapat di hujung artikel ini.
Antara bahan deko yang memainkan peranan utama adalah pada jenis lampu dapur. Dengan pemilihan lampu dapur yang sesuai boleh mewujudkan unsur moden pada dapur dan ruang makan anda. Lampu untuk ruang dapur ini tidaklah perlu rumit, malah cukup dengan lampu jenis mentol sahaja dengan bingkai yang unik.
Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C
Sofa minimalis : https://shope.ee/fn9TJL2UG
Meja minimalist : https://shope.ee/6zhD0ze7N2
Hiasan dinding : https://shope.ee/7pGK0a8rXo
Kitchen organizer : https://shope.ee/9p2DUFmLNg
Kitchen cabinet : https://shope.ee/YHmEZUV8
Kitchen rack : https://shope.ee/5UtEKNnM5B
Kitchen lamp : https://shope.ee/6f5BibXkcC
Akhir Kata
Untuk reka bantuk dapur moden ini tidaklah sukar, ini memandangkan hampir kesemua rumah mempunyai ruang dapur rumah masa kini yang moden. Anda hanya perlu upgrade beberapa alatan dapur anda jika perlu agar nampak lebih moden dan terkini. Dengan adanya ruang dapur dan makan yang selesa ini pastinya memberikan rasa seronok dan gembira apabila di rumah anda. Baca artikel seterusnya rak dapur Selamat mencuba!