deko dapur rumah kampung

Deko Dapur Rumah Kampung (Gambar)

Hiasan dan deko dapur rumah kampung mempunyai unsur tradisional orang melayu zaman dahulu. Konsep dapur kampung ini sangat diminati oleh golongan yang gemarkan unsur klasik dan nostalgia. Kini anda boleh membina ruang dapur yang berkonsepkan kampung ini dengan menggunakan material moden.

Malahan, dekorasi kampung ini juga anda boleh rancang dan hadiahkan kepada ibu anda yang pastinya rindu dengan dapur orang zaman dahulu. Ditambah pula dengan teknik dekorasi zaman sekarang yang moden membolehkan anda menghias rumah anda tanpa perlu melakukan baik pulih secara major, cukup dengan tambahan beberapa alatan dekorasi boleh mengubah dapur anda menjadi dapur rumah kampung.

Tips Deko Dapur Rumah Kampung

Berikut kami kongsikan beberapa jenis tips untuk deko dapur berkonsepkan kampung. Dengan cara yang betul anda boleh mengubah dapur anda agar mempunyai unsur tradisional walaupun dapur asal rumah anda adalah rumah teres atau rumah moden. Tips ringkas ini anda boleh lakukan tanpa memerlukan modal yang besar, jom sama-sama saksikan.

Gunakan Wallpaper Corak Kayu

Untuk mewujudkan unsur kampung pada dapur anda, cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan wallpaper yang bercorak kayu @ papan. Dengan adanya corak kayu dan papan pada dinding ini secara langsung boleh menampakkan dapur anda seakan dapur rumah kayu seperti rumah kampung.

Tambahan pula kini anda boleh dapatkan wallpaper ini dengan harga murah sahaja. Anda hanya perlu sediakan wallpaper dan gam pelekat untuk menampal wallpaper di dinding dapur rumah anda. Ia boleh ditinggalkan jika perlu.

Gunakan Tikar Getah

Salah satu elemen pada rumah kampung adalah mempunyai tikar berbanding karpet atau mozek. Anda boleh menyediakan tikar getah atau tikar mengkuang yang boleh dibeli di Shopee dengan harga murah. Dengan adanya tikar ini pastinya boleh menimbulkan aura kampung, ini kerana orang kampung hanya menjamu selera di atas tikar sahaja.

Pilih Kabinet Yang Sesuai

Walaupun berkonsepkan kampung, tidak bermakna anda tidak boleh mempunyai kabinet atau alatan moden. Sekarang terdapat banyak kabinet yang diperbuat daripada material yang sesuai dengan deko dapur kampung. Antaranya kabinet yang sesuai adalah diperbuat daripada material kayu dan sebagainya. 

Terdapat banyak jenis variasi kabinet dapur yang bagus untuk dipadankan dengan dapur berkonsepkan kampung. Anda boleh pilih yang bersesuai dengan citarasa anda. Jika tiada padanan yang sesuai, anda boleh sahaja gunakan yang sediada asalkan masih boleh digunakan, ini sekadar pilihan sahaja.

Alatan Dapur Tradisional

Jika diperhatikan barangan dapur kampung ini mempunyai materialnya tersendiri, contohnya saji penutup makanan orang kampung diperbuat daripada anyaman kayu atau rotan. Antara alatan lain adalah seperti tikar dan dulang makan. 

Anda juga gunakan beberapa elemen asas seperti lampu LED, pinggan, cawan, dan sebagainya. Kombinasi alatan moden ini juga boleh menjadikan dapur anda lebih menarik dan unik dengan campuran konsep kampung dan moden.

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Saji Rotan : https://shp.ee/j4gqtbx

Tikar Getah : https://shp.ee/qmnz7tx

Tikar Mengkuang : https://shp.ee/2kzgjtx

Wallpaper Dinding Dapur : https://shp.ee/gqwq56x

Kabinet Dapur : https://shp.ee/m3e2xqp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Sekali

Mempunyai dapur berkonsepkan kampung ini pastinya mengembalikan kenangan lama terutamanya pada golongan ibu bapa anda. Adalah bagus juga anda sebagai anak menyediakan keperluan dapur yang berkonsepkan kampung ini kepada kedua orang tua anda, nak tahu lebih tips dekorasi boleh terus ke laman landskap taman bunga untuk rujukan lanjut.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version