Hiasan Dapur Tanpa Kabinet

Hiasan Dapur Tanpa Kabinet (Gambar)

Hiasan dapur tanpa kabinet adalah salah satu konsep hiasan dapur simple yang anda boleh cuba di ruang masak rumah anda. Dapur adalah salah satu ruang asas di dalam setiap rumah, tetapi ia sukar untuk dekorasi kerana kawasan dapur ini adalah tempat yang mempunyai banyak bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.

Dengan adanya kabinet dapur, dapur anda akan menjadikan lebih kemas kerana ia boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang masakan anda. Namun tahukah anda dengan cara yang betul dapur anda masih boleh nampak cantik walaupun tanpa menggunakan kabinet dapur. Nak tahu lebih lanjut boleh terus membaca artikel ini ya..

7 Tips Hiasan dapur tanpa kabinet 

Ramai yang beranggapan mereka memerlukan kabinet pada dapur untuk kelihatan kemas dan cantik. Namun tahukah anda, ruang memasak anda masih boleh kelihatan kemas tanpa memerlukan kabinet untuk meletak barang. 

Deko ini adalah sebahagian daripada skill hiasan untuk dapur yang simple tanpa menggunakan banyak kabinet. Tips daripada makespace ini akan menjadikan dapur anda bukan sahaja luas tetapi ia juga nampak lebih unik dan minimalis. Antara cara dan tips menyusun dekorasi dapur tanpa kabinet antaranya adalah:

Menggunakan pegboard

Cara yang paling mudah dan unik adalah dengan menggunakan pegboard di ruangan dapur anda. Ia adalah sebentuk papan yang boleh dijadikan tempat untuk simpan dan gantung barang dapur seperti sudu, garfu, senduk, cawan dan sebagainya

Terdapat pelbagai jenis pegboard yang terdapat di pasaran dengan pelbagai jenis corak dan saiz. Anda boleh memilih pegboard ini mengikut kesesuaian dapur anda. Boleh scroll ke bawah untuk link pembelian terus di Shopee.

Rak pada dinding

Tanpa kabinet tiada masalah, anda masih boleh membina rak pinggan di dinding dapur anda. Kini terdapat banyak jenis material rak yang anda boleh gunakan untuk dipasang pada dinding dapur anda. Ia juga boleh dipasang dan dibuang bila perlu dialihkan. Bukan sahaja simple, malah ia juga menjadikan dapur anda lebih minimalis.

Gunakan trolly dapur

Tahukah anda bahawa selain kabinet anda juga boleh menggunakan trolly dapur untuk meletak barang masakan anda. Cara ini lebih baik daripada kabinet kerana ia boleh bergerak dan mudah alih. Anda boleh letakan barangan seperti garam, gula, herba, dan keperluan semasa yang lain pada trolly ini. 

Gunakan Penyangkut 

Selain daripada rak papan, anda juga boleh menggunakan penyangkut cawan dan gelas pada dinding dapur anda. Cara ini sangat simple dan anda boleh jadikan ia sebagai hiasan pada dinding dapur anda. Selain cawan, anda juga boleh jadikan penyankut ini sebagai tempat menyidai kain lap basah.

Simpan di dalam laci

Jika anda mempunyai laci di dapur, seeloknya manfaatkan dahulu laci ini sebelum membeli kabinet baru. Ini kerana laci ini boleh digunakan untuk menyimpan barangan yang tidak diperlukan di dapur. Lebih baik gunakan laci sediada daripada mengeluarkan wang untuk membeli kabinet lain pula.

Gunakan bekas jar

Salah satu cara susun dapur tanpa kabinet yang ringkas tetapi ramai yang tidak tahu adalah dengan menggunakan jar sahaja. Kini terdapat banyak jenis jar yang dijual dengan murah di Shopee. Anda boleh beli dan jadikan ia sebagai tempat untuk menyimpan bahan masakan anda. Dapur anda akan lebih kemas dan cantik.

Gunakan bakul

Selain jar, anda boleh juga menggunakan bakul untuk menyimpan barang dapur anda, ia tidaklah fancy tetapi sudah cukup untuk menampakkan dekorasi ala kampung di dapur anda dan yang lebih penting ia simple tanpa memerlukan kabinet.

Kredit : Ummu Hidayatul Husna via Hiasan Dapur Tanpa Kabinet

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Pegboard : https://shp.ee/vw9memx

Wall Rack Kitchen : https://shp.ee/bwsijfx

Kitchen Trolley : https://shp.ee/g5whstx

Kitchen Jar : https://shp.ee/hkp2bhx

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Sekali

Tidak mempunyai kabinet tidak menjadi satu masalah bagi anda yang tahu dekorasi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada. Jika dilihat, bahan yang digunakan tidaklah fancy dan boleh didapati dengan harga yang murah sahaja di Shopee. Diharap dengan ini boleh membantu anda dalam mendapatkan ilham dekorasi dapur anda. Jom baca lebih banyak tips di kabinet dapur minimalis. selamat men”deko”

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version