ruang tamu minimalis

Ruang Tamu Minimalis Malaysia

Mempunyai ruang tamu minimalis adalah impian bagi golongan yang sukakan tema ringkas dan kemas. Konsep minimalis itu sendiri sangat popular dalam hiasan rumah dan kediaman di seluruh dunia. Tema minimalis ini juga sangat sesuai bagi anda yang mempunyai rung tamu yang kecil dan sempit. Di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya berkenaan ruang tamu konsep minimalis.

Konsep minimalis ini tidak asing lagi dalam masyarakat di Malaysia, terdapat banyak jenis tema dan deko ruang tamu minimalis yang anda boleh jadikan sebagai rujukan dekorasi anda. Disini kami turut kongsikan beberapa konsep minimalis yang dikongsikan oleh warganet untuk rujukan anda. 

Tips Ruang Tamu Minimalis

Untuk mereka bentuk ruang tamu minimalis ini memerlukan beberapa langkah dan cara bagi memastikan ruang tamu anda menonjolkan konsep minimalis itu sendiri. Di dalam proses ini anda memerlukan beberapa upgrade terutamanya barang-barang ruang tamu anda. Oleh itu, di hujung artikel ini kami turut kongsikan Voucher Shopee percuma untuk kegunaan anda. Baca hingga habis ya. 

Kurangkan barang

Untuk merialisasikan konsep minimalis ini, perkara utama yang anda perlu buat terlebih dahulu adalah anda perlu kurangkan dahulu barangan di ruang tamu rumah anda. Jika anda mempunyai barangan yang banyak di rumah tamu rumah anda, anda boleh alihkan hiasan yang tidak diperlukan ke tempat lain. 

Ini bagi memaksimakan ruang tamu rumah anda dan juga mengurangkan bahan deko yang tidak perlu. Fokus utama yang sepatutnya ada pada ruang tamu rumah minimalis adalah sofa, meja, alas kaki dan kabinet yang bertemakan minimalis.  

Ukuran perabot

Rata-rata konsep minimalis ini mempunyai unsur yang ringkas dan simple sahaja, termasuklah barang perabot seperti sofa, meja, dan lain-lain. Jika anda mempunyai sofa dan meja yang berukuran besar maka seeloknya anda upgrade ke perabot yang lebih ringkas dan mesra minimalis. 

Dalam proses ubah suai ini anda semestinya perlu melakukan sedikit upgrade seperti membeli sofa dan meja ruang tamu yang baru, Ini bagi memastikan konsep minimalis ini betul-betul wujud dan sesuai dengan perabot rumah anda. Berita baiknya, anda boleh dapatkan perabot ini dengan mudah dan murah sekali di laman Shopee.

Unsur putih & semulajadi

Dalam tema minimalis terdapat beberapa jenis warna yang sesuai untuk digunakan, warna asas utama yang perlu ada pada konsep ini adalah warna tona putih. Warna putih ini biasanya digabungkan dengan warna lain untuk mewujudkan campuran tema minimalis dalam konsep hiasan, antara yang popular adalah konsep minimalis semulajadi.

Konsep minimalis semualajadi ini adalah gabungan warna tona putih dan juga warna semulajadi seperti hijau, biru, dan coklat. Konsep ini akan lebih menyerlah dengan adanya perabot yang mempunyai unsur warna tona putih dan biru ini. Selain perabot, warna langsir juga boleh memainkan peranan untuk mewujudkan tema semulajadi ini.  

Hiasan & rak dinding

Jika anda masih memerlukan hiasan pada ruang tamu, anda masih boleh memasang hiasan ringkas pada dinding ruang tamu anda. Namun pastikan hiasan dan rak dinding ini tidak keterlaluan kerana ia boleh merosakkan tema minimalis itu sendiri. Anda boleh meletakkan beberapa pasang rak pada dinding sebagai hiasan ringkas ruang tamu anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan hiasan lain seperti cermin tegak dan organiser barang yang berbentuk kecil, kedua-dua barang ini sangat sesuai dengan tema minimalis rumah anda. Anda boleh membuat carian di laman Shopee untuk melihat jenis hiasan minimalis yang ada dan sesuai dengan tema ruang tamu anda.  

Warna pastel

Sedar atau tidak warna pastel ini adalah warna yang sesuai dengan tema minimalis. Terdapat banyak jenis warna pastel yang anda boleh pilih dan gabungkan pada ruang tamu rumah anda. Anda boleh gabungkan sehingga dua ke tiga warna sahaja, elakkan gabungkan terlalu banyak warna kerana boleh mengganggu tema minimalis anda.

Kombinasi warna pastel ini anda boleh jadikan warna perabot seperti warna meja dan sofa. Selain itu, anda juga boleh jadikan warna pastel ini sebagai warna langsir, dinding, dan juga alas kaki. Penggunaan warna pastel ini juga boleh membawa unsur sejuk pada ruang tamu rumah anda.

Simpan lebihan barang

Memandangkan konsep minimalis ini adalah ringkas dan simple, maka lebihan barang-barang hiasan anda perlulah disimpan. Untuk proses ini anda boleh membeli organiser khas untuk menyimpan lebihan barang-barang anda. Malah organiser ini juga boleh didapati dalam bentuk yang unik seperti squre tempat duduk dan banyak lagi.

Contoh Ruang Tamu Konsep Minimalis

Bagi anda yang sedang mencari idea untuk deko ruang tamu anda, disini kami kongsikan beberapa rujukan ruang tamu yang berkonsepkan minimalis untuk rujukan anda. Konsep ruang tamu ini sesuai untuk jenis rumah di Malaysia dan yang lebih penting ia mengikut bajet warga marhein. Berikut adalah beberapa deko ruang tamu untuk rujukan anda. 

Sebuah konsep ruang tamu yang santai dan riang dengan kombinasi warna biru laut dan kelabu putih. Tema minimalis ini juga sangat sesuai dengan golongan remaja atau bujang kerana menonjolkan unsur santai dan sejuk. Ia juga mempunyai hiasan lain seperti pokok dan daun hijau.

ruang tamu minimalis

Konsep minimalis bertemakan warna pastel kuning dan coklat, ruang tamu ini juga sesuai untuk golongan yang sukakan santai dan sejuk. Warna kuning hijau ini juga melambangkan unsur cahaya matahari dan semulajadi. Ia turut mempunyai kombinasi pokok hijau dan juga rotan buluh.

ruang tamu minimalis

Ruang tamu minimalis berkonsepkan semulajadi sesuai untuk yang sudah berkeluarga. Ruang tamu jenis ini mengutamakan unsur semulajadi seperti pokok bunga anda pokok-pokok kecil. Namun terdapat sedikit ralat pada pemilihan sofa yang besar dan bewarna hitam tidak sesuai dengan konsep alam semulajadi. 

ruang tamu minimalis

Konsep minimalis yang mempunyai sedikit unsur mewah pada ruang tamu. Ruang tamu ini mempunyai tema warna yang mewah, unsur mewah ini juga boleh dilihat pada jenis langsir dan juga pintu. Perabot seperti sofa dan kerusi juga sangat sesuai dengan konsep minimalis ruang tamu. tambahan, deko ini juga menerapkan unsur hijau pada pokok bunganya.

Senarai Barang Berkaitan Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..T&C

Sofa minimalis : https://shope.ee/fn9TJL2UG

Meja minimalist : https://shope.ee/6zhD0ze7N2

Hiasan dinding : https://shope.ee/7pGK0a8rXo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Untuk mewujudkan konsep minimalis pada ruang tamu rumah anda perlulah meminimakan barangan hiasan yang ada. Dengan meminimakan hiasan ini secara tidak langsung menjadikan ruang tamu rumah anda simple dan ringkas. Proses seterusnya adalah dengan upgrade perabot ruang tamu kepada yang lebih mesra minimalis. Baca artikel seterusnya pintu sliding bilik air. Selamat mencuba!

Scroll to Top
Scroll to Top